ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto belakang Saga 2016 bocor!

Views

Kami memperoleh dua keping foto belakang model Saga 2016 yang telah dimuatnaik ke laman Facebook PROTON SAGA COMMUNITY (MALAYSIA). Satu foto penuh dari belakang Saga 2016 yang diambil dari dalam kilang MVF Shah Alam telah diolah menjadi hitam putih, manakala satu lagi foto yang telah dipotong menampakkan rekaan belakang Saga yang lebih jelas.

Proton bakal melancarkan model Saga generasi baharu pada bulan September nanti selepas pelancaran model Persona baharu yang dijangka pada 20 Ogos ini. Nampak kemas rekabentuk Saga baharu ni kan? Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli kereta segmen A baharu, boleh la tunggu model ini keluar dulu ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

saga 2016 - rear hitam putih saga 2016 - rear warna

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

58 Comments


  • Hrp setiap model baru proton disertakan pilihan model SE yg siap aksesori penuh spt bodykit, leather seat … selalunya pembeli awal proton hanya dpt model togel yg kena tunggu bertahun utk dpt bodykit.


  • Design lampu belakang yang agak tajam, rasanya kalau lampu belakang Saga ni lebih sesuai digunakan kat Persona 2016. Barulah ada kesinambungan design yang tajam dan sporty dari depan hingga ke belakang.


  • Belakang saga ni lawa betul.. serious lawa. cuba compare blakang saga baru ni dengan audi A5. its look identical! cuma lampu saga besar.. audi A5 pulak sepet. overall.. rear view look gorgeous


  • cantik…
    harap akan lagi cantik bila launch..
    baguslah stereotaip azlano dh xwujud..

    harap dashboard design dlm tk mcm bra tergantung spt saga lama..


  • sangat berharap CVT nya lebih baik. bagi saya tu faktor terbesar. sebab itu la yang paling teruk orang komen.. kalau proton masih kekalkan CVT lama, confirm jadi point utama untuk orang bash..


  • dah tengok gambar leak yg penuh. design saga nampaknya lebih maskulin berbanding desain persona. belakang cun. wheel arch belakang nampak besar. cuma design front grill yg ala-ala vios tu saya tak berapa berkenan. kalau buat mcm perdana kan cantik.


  • harapan agak tinggi pada saga ni compared degan persona..harap dr segi kualiti lg baik dr yg ada sekarang. saga blm 2011 baru 5 thn tp kondisi lg teruk dari myvi 2008. harap proton take note. walau pun kereta ni untuk org yang kurang kemampuan atau untuk kereta ke dua,tiga sekali pun, bagi la yg terbaik.nanti org nk upgrade org akan pilih proton lg.

    by the way, ertiga nanti cbu indonesia atau proton ubah lampu/bumper jugak?

    tq


    • Maaf, sy punya blm model order masa pelancaran sampai lanie masih spt baru. KM dah 150,000 masih mantap dan syok dipandu. Mungkin ada yg jenih bawa ke kebun, angkut sawit kot?


          • betul bro.. SAGA BLM mmg tahan lasak.
            dh 7 tahun pakai bayar dh abis aircond semua masih ok. filter aircond senang cuci.. blower maintain powerful dr keta2 brand lain.

            Enjin campro IAFM BLM mmg lasak.. wpun agak bising, tp tahan lasak.

            sapa suruh pakai BLM utk angkut sawit..itu ko lah yg bodoh.. beli lori pickup la!


  • look ensem pada pandangn saya. maybe proton da tau model mne yg byk mmberikn keuntungan kpd mreka, hence mmberikn tumpuan lebih pd model tersbut..GOOD LUCK TO BOTH P1 AND P2 bezza and may the best A-segment win!!

    btw.. dayum model saga kli ni btul2 smart!!


  • Mmm… wow. Saga R nie segalanya lebih besar n panjang drp model sebelumnya. Tarikan visual paling nyata di bahagian sisi belakang dgn lampu blakang lebih besar (2 plate) drp model saga sebelumnya. Lebih seksi;) Sisi depan yg lebih panjang, meningkatkan lagi ruang crumple zone n dijangka keputusan crash test yg lebih baik drp model sebelumnya. Nisbah ruang tingkap berbanding body bawah tampak lebih seimbang ada improvement. Garisan nyata sisi body saga nie agak meyakinkan keutuhan struktur keseluruhan model nie. Sesuatu yg berbaloi hanya utk model dlm segment A+ sebegini. Nampaknya prootn dah mempunyai family design language yg diserlahkan pada konsep bumper yg agak konsisten rekaannya bermula iriz, kemudian persona R yg cun-melecun dan kini saga R pula. Harap model MPV Ertiga versi prootn juga konsisten dgn design language yg sama… Gud job proton!

    Cheers!


  • serius saga baru..nampak hodoh giler.. segala ny x npk balance pd rupa bentuk..
    maaf proton.. n warga proton.. design mmg fail.. masih lg syok sendiri.. mmg dh xleh nk ubah minda proton..
    sokongan rakyat malaysia pd proton makin jauh..
    realiti nya pd jualan proton ..dah masuk suku tahun ketiga jualan x sampai 60000 unit..
    masih x sedar lg kah wahai MANAGEMENT PROTON…
    MANAGEMENT PROTON TIDAK SERIUS MENJAGA PERIUK NASI NY.
    cari lah ketua desingner baru.. dah muak dgn hasil y hampeh..


    • bagi aku, design persona dan saga 2016 ni mmg cantik dan dah berada di landasan yang elok.

      design lilitan azlan dh xberapa nampak.

      kali ni aku suka paradigma design proton. dalam xtau rupa lagi mcm mana. harapa material tk mcm baldi.

      ko nak kutuk proton pasal design kali ni, aku rasa ko silap.


      • setuju bro. nampak beberapa Bezza kat jalan.
        seriously boleh tahan juga huduh-nya. bahagian belakang tonggek tinggi maybe sbb suspension/spring nak tanggung load berat hasil design boot yang super-besar.
        ideally, kalau org nak boot space besar, orang akan beli kereta besar atau van atau wagon..pemilik kereta segmen-A tak selalu bawak full capacity, lebih kepada pemanduan bandar sesuai dgn enjin yg jimat minyak.
        tapi biasala, Perodua penuh dgn trick. benda hodoh pun nampak cantik, benda biasa pun dapat title EEV. Cuba fully load Bezza dgn 5 adult dan boot penuh, masih boleh dapat EEV standard ke?


        • Mmm… bezza rekaan keseluruhan bila lihat statik, bleh tahan tapi in real life bila berada di jalan, mcm x best jer, blakang nampak tonggek kurus tinggi. Sorry. Mgkin saga R nie memberi saingannya bila dlm katogeri yg sama dgn bezza. Saga R nie pun x kalah dgn penampilan eco system utk model terbaru nie. Bezza mempertaruhkan saiz bagasi yg besar, tapi bila dipadankan dgn cc 1.0L mcm x realistik jer utk bebanan maksimum full loaded tu nanti. Eco iddle tu hanya utk pemanduan biasa2 tanpa ada muatan tambahan jer. Dari segi harga pun agak sengit la jugek bayangkan bezza 1.0L paling murah pun rm37k. Saga 1.3L paling murah pun rm35k, kalau saga R nie harga min dlm lingkungan rm35k juga, itu sesuatu yg sungguh menarik bagi model 1.3L n value for money:)

          Cheers!


          • mungkin P2 over confident masa buat forecast annual sales bezza dan pricing-nya. kejayaan myvi dan axia tak semestinya menjanjikan future yg gemilang utk bezza. P1 pun belajar dari silap lepas dan progressively improving. kalau pakej yg betul dgn harga betul, tak mustahil saga boleh terjual banyak.
            mungkin tag “game changer” utk bezza boleh jadi negetif turning point utk P2.
            yang paling penting utk P1 ialah pastikan saga & persona bole dijual kat luar. bagi sedikit confident utk org tempatan utk consider produk P1 semula.


        • Sy dh test drive bezza ni…x de yg bezz (best) pun…berat…handling pun out… nk speed lbih 70kmj pun x bg.tggu nk test drive saga baru…pastu compare & jd tn penasihat utk adik yg nk beli sedan seg-A…


  • Saya masih berpendapat Proton sepatutnya meneruskan pengeluaran Persona sahaja dan biarkan SAGA eol atau hantar ke negara seperti Myanmar atau vietnam utk CKD seperti Proton Wira di Chikarang, Indonesia dulu.
    Sebabnya ialah tiadanya scale of economic. Namun Proton boleh fully utilise satu model yang mana optimumkan perbelanjaan dengan meniru marketing dan price bracket Perodua;
    a) Persona 1.3 Basic
    – manual sahaja
    – lampu mentol biasa
    – tiada sport rim 14
    – tiada aksesori
    – tiada chrome
    RM32,000

    b) Persona 1.3 Executive
    – auto sahaja
    – lampu mentol biasa
    – sport rim 14
    – tiada chrome
    RM35,000

    c) Persona 1.6 Executive
    – auto sahaja
    – lampu mentol biasa
    – sport rim 14
    – chrome
    RM44,000

    d) Persona 1.6 Premium
    – auto sahaja
    – lampu halogen
    – skirting + spoiler ala kadar
    – sport rim 15
    – chrome
    RM50,000

    e) Persona 1.6 SE
    – auto + manual
    – lampu halogen
    – skirting + spoiler ah beng (R3)
    – body lining
    – sport rim 16 ah beng juga
    – special colour
    – carbon fibre instead of chrome
    RM57,000

    Dengan harga begini, produk2 proton tak bersaing sesama sendiri SAGA vs PERSONA vs PREVE.


    • Mmm… model saga nk di eol? Kalau cengitu seronok la perodua bila tiada saingan dlm segmen A. Setakat nie mitsu attrage jer saingan bezza dlm segmen A utk pasaran domestik. Even saga adalah pasaran goreng pisang prootn selama nie, perlu dikekalkan. Cuma bleh dikembangkan utk pasaran 3rd word country sebagai kenderaan entry level nya.

      Cheers!


      • ade ke suruh EOL saga.. kurang cerdik la saranan gitu. ambush dulu market then kita tgk trend. pstikan kualiti best.. then export kencang.


        • Komen saya berdasarkan perspektif bisnes + profit sahaja. kewujudan Proton dan Perodua sepatutnya complement each other di M’sia ni bukannya bersaing sesama mereka. Akhirnya mennag jadi arang, kalah jadi abu. Tengok sahaja Apple. Produk yang mereka keluarkan tiada kepelbagaian. Kenapa? Jimat kos, senang pengeluaran, tak peningkan kepala pengguna. Hasilnya? Keuntungan, kenuntungan, dan keuntungan.


    • Pendapat saya berbeza dengan pendapat saudara azrai. Sedan segment-a/b/c/d pelengkap model sedan Proton. skala ekonomi dalam negara sememangnya tidak besar, itu sebabnya memerlukan rakan kongsi yang berkeupayaan untuk menembusi pasaran dunia.

      Kebiasaannya persaingan sesama sendiri hanya dari sudut harga, contohnya saga varian tertinggi iaitu premium berharga sama dengan persona varian paling asas standard(atau SV). Begitu juga persona varian paling tinggi premium berharga sama dengan preve varian paling asas standard(preve standard tidak dikeluarkan).

      Harga mungkin sama tetapi berbeza dari pelbagai sudut yang lain, pro and contra. ada golongan inginkan kereta kecil tetapi dilengkapi pelbagai eksesori tambahan. manakala golongan lain inginkan kereta sedikit besar tanpa dipadatkan dengan gadjet yang canggih manggih,mereka ini dikenali sebagai traditional user. ada golongan yang sukakan kereta kecil tetapi berkuasa tetapi golongan lain memerlukan kereta sedikit besar yang seadanya dengan harga berpatutan.

      Contoh tidak berkaitan mercedes c-class varian paling tinggi berharga lebih mahal daripada e-class varian paling rendah, manakala e-class varian paling tinggi lebih mahal daripada s-class varian paling rendah

      contoh lain tidak berkaitan bmw 3 series varian paling tinggi berharga lebih mahal daripada 5 series varian paling rendah,manakala 5 series varian paling tinggi berharga lebih mahal daripada 7 series varian paling rendah

      Banyak lagi conton lain sepertimana KIA k2, k3, k4, k5, k6. mereka bersaing sesama sendiri tetapi berjaya. Sememangnya skala pasaran mereka besar seluruh dunia tapi kita boleh jadikan tauladan dan contoh untuk terus maju kehadapan. Ada lagi contoh mereka yang bersaing sesama sendiri sebagaimana AUDI a4, a5, a6, a7, a8. kesemua contoh adalah model sedan yang bersaing sesama sendiri sebagaimana proton saga, persona, preve, perdana. bezanya mereka pengeluar kereta yang sudah berjaya dipasaran dunia berbanding proton/perodua.


      • Komen saya berdasarkan perspektif bisnes + profit sahaja. kewujudan Proton dan Perodua sepatutnya complement each other di M’sia ni bukannya bersaing sesama mereka. Akhirnya mennag jadi arang, kalah jadi abu. Tengok sahaja Apple. Produk yang mereka keluarkan tiada kepelbagaian. Kenapa? Jimat kos, senang pengeluaran, tak peningkan kepala pengguna. Hasilnya? Keuntungan, kenuntungan, dan keuntungan.


        • Betullah tu.!
          Matlamat utama organisasi perniagaan adalah mencari keuntungan dan mengayakan pemiliknya. matlamat lain direalisasikan setelah matlamat utama tercapai.

          Sudah tiba masanya untuk Proton berjaya dipersada dunia dan menambah keuntungan serta kekayaan. kerjasama dengan rakan strategik asing sangat diperlukan untuk menumbusi pasaran antarabangsa seberapa segera mungkin.

          Itulah sebabnya salah satu syarat pinjaman mudah 1.5bill adalah mencari rakan strategik asing yang melibatkan perpindahan ekuiti PHB sebelum berakhir 2017


  • Lampu blkg kalau buat rata je mcm audi lg cantik.. design da smart.. lampu depan kalau smoke lg ohsem.. design lampu flx lg cntik rasanye

Leave a Reply