Sekeping foto menunjukkan secara jelas sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dikejar oleh jet pejuang didedahkan kepada umum, lapor portal berita Daily Star kelmarin.
Kejadian berlaku pada 4 Ogos 1990 apabila dua pekerja sebuah hotel di Tanah Tinggi Scotland yang melihat insiden itu bertindak merakamkan gambarnya.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ia kemudian dikenali sebagai gambar UFO yang paling jelas sebelum hilang dan menjadi ‘legenda’ selama lebih tiga dekad.
Namun, seorang bekas wartawan dan ahli akademik di Universiti Sheffield Hallam, Profesor David Clarke berusaha menjejaki selama 13 tahun untuk mencari gambar itu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Clarke berjaya menemui seorang bekas pegawai akhbar Tentera Udara Diraja Britain (RAF). Craig Lindsay yang telah menyimpannya.
Dalam gambar itu, sebuah pesawat besar seperti UFO dikejar oleh jet pejuang dari jarak dekat. Dua pekerja itu telah memberikan gambar itu kepada akhbar Daily Record di Scotland.
Namun, ia kemudian diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Britain di mana ia disimpan secara rahsia sehingga 2022. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Newsweek
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI