ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto kapchai terbaharu Modenas bocor!

Views

11844142_10206091890828567_1908661711_n

Inilah foto model kapchai serba baharu Modenas 115cc yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Model tersebut akan menggunakan sistem suspensi “monoshock”. Foto di atas telah diperoleh dari sahabat Facebook saya Zam melalui mesej peribadi. Sebelum ini Modenas telah membuat sesi pra-tonton model TTR200 Cafe Racer yang tidak dapat dipastikan bila ia akan dilancarkan. Ada kemungkinan kedua-dua model ini bakal dilancarkan dalam tahun ini. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Asyik kapcai je yg Modenas buat, kalo ada pun skuter dgn cc enjin lebih besar. Modenas takde impian dan harapan ke nak buat motorsikal cam jenama lain seperti superbike, naked bike, scrambler, chopper, etc? Cuba bagi penjelasan.


    • market tak besar rasanye. nak lawan nama2 yg gah payah jugak. buat rugi je nanti.

      lagipun bagi pilihan nak beli superbike modenas ke nak beli superbike yamaha kalau harga lebih kurang je? pilih pilih jangan tak pilih


  • Pecat shj org yg tidak amanah dan jujur dlm menjalankan tugas sbg pekerja modenas. Gambar ambil di kawasan kilang, pekerja macam ni seharusnya dilupuskan shj. Sekarang ni makin banyak golongan yg tidak amanah dan share tanpa memikirkan implikasi kepada kerjaya.

    Nak keseronokan membocorkan rahsia sykt dan mensabotaj pentadbiran syarikat yg membayar gaji nya….. amat memalukan.
    Jika gaji pembocor ini di gunakan pula, adakah halal? Di beri pula pada anak2 nya? Apa implikasi hasil gaji s2perti ini? Fikir2 kan….

    Akan ada pula, golongan yg membela dgn mengatakan tak pe demi kebenaran kononnya…. dedahkan je foto2 motor direct dari kilang…….. fikirlah dengan menggunakan cara yg salah untuk menegakkan perkara kononnya informasi untuk semua.

    Kalu ditampal koyok, di lokasi luar dan sedang di test itu adalah anda nasib baik. Modenas cari individu ini dan pecat nya. Itu shj jalan bagi QSSHE kilang untuk memberi teladan kepada pekerja lain…..

    jika ini berteruasan kebocoran maklumat rahsia sebelum majlis pelancaran, ini akan menyebabkan kelebihan dalm persaingan membina motor menjadikan modenas lumpuh…… sedarlah wahai pembocor maklumat syarikat……rezeki anda mungkin ada didunia, tapi belum tentu untung nasib anda di akhirat kelak.

    Implikasi tindakan ini didunia, dipecat daripada tugasnya. Implikasi di carik pahalanya di akhirat, kerana golongan yg menghadapi kesan akibat dibocorkan maklumat itu menuntut pahala si pelaku…… bayangkan kalu 1000 org staff modenas menuntut pahala anda sewaktu di hari pembalasan.

    Terima kasih kerana pelaku ini menjadi mirip perangai pendajal sebelum datangnya dajal yg sebenar. Sangat mengujakan implikasi keatas si pelaku…… bertaubat lah sebelum terlambat.


    • takat modenas nk leak tiap hari pun org kita bukan kisah. yamaha lg byk la dr modenas atas jalan raya. ni leak pun nk bg teaser promosi. kalau tak, mana ada org amik tau.


  • Integrity is Integrity. Ia bukan soal kisah, tak kisah, promosi, tak promosi dan jenama bagus, tak bagus. It is about attitude, honesty, and ketekunan kepada pekerjaan serta majikan yag membayar gaji. In the Labour Law also mention if any misguide or breach of rules at work, it must be deal following company’s sop and policy. No question ask….

    Ikut si pelaku bocor ini, ya benarkan shj perkara seperti ini berlaku. Itu sangatlah bodoh dan dangkal pemikiran. Penyokong yang menyokong ketidak jujuran berlaku….. maka si penyokong dan si pelaku, sama-sama masuk ke lubang api di hari pembalasan.

    Fikir2 kan. Anda sanggup? Mengadai diri anda dengan menegakkan si pelaku dan benang yang basah hanya kerana ini adalah hak pengguna untuk mengetahui sesuatu walaupun dari segi etika pekerjaan, hak syarikat dan kerahsiaan syarikat di abaikan.

    so Tak de syarikat akan ambil anda bekerja jika kita berperangai seperti si pelaku pembocor gambar / maklumat sebelum ianya di lancarkan.

    This is the 10 cent nasihat.


  • Ini semua kerja staff yang kerja dalam line tu. Contohilah syarikat pengeluar motosikal di kilang lain yang tidak membenarkan pekerja membawa masuk handphone ke dalam kawasan kerja.
    Kesian pada majikan anda MODENAS yang bersusah payah menghasilkan rekacipta tersendiri.
    Apakah tiada risiko untuk pesaing melakukan sedikit pengubahsuaian rekabentuk selepas gambar ini tersebar?
    Jika MODENAS terpaksa menangguhkan pelancaran model ini atas sesuatu sebab, maka model ini akan ketinggalan jauh kebelakang jika ada pesaing yang terlebih dahulu melancarkan model yang mempunyai rekabentuk yang sama.

Leave a Reply