Inilah versi produksi model SUV kompak terbaharu KIA KX3 yang sebelum ini dipertontonkan dalam bentuk konsep di Guangzhou Motor Show. KX3 adalah SUV kompak untuk pasaran China yang dibangunkan daripada platform Hyundai ix25. Menurut sumber, autohome.com model ini akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun hadapan.
KX3 bakal dijana oleh 2 varian enjin 1.6-liter petrol, salah satunya adalah aspirasi semulajadi dan satu lagi dilengkapi dengan pengecas turbo. Model yang bakal mencabar Honda Vezel, Honda XR-V, Ford EcoSport dan Hyundai ix25 sedikit berbeza jika dibandingkan dengan model konsep di mana lampu kabus diletakkan secara menegak, lampu hadapan dan belakang dengan rekaan baharu. Rim aloinya turut berbeza dengan model konsep selain pemantul cahaya yang diletakkan dibahagian bumper.
* Diharapkan pihak NAZA KIA dapat membawa masuk model ini pada tahun hadapan dengan harga yang berpatutan. Saya pun minat tengok model ni, sekali imbas macam baby Porsche pulak kan? 😉
KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS
Macam Great Wall M4 pulak…
Proton sepatutnya keluarkan suv kompak, dgn body iriz dan harga iriz. P2 bau jepun cinta hati rakyat malaysia tentu tertekan kerana tiada model ini utk bersaing dgn proton. Dgn situasi kini kerap banjir kilat model ini pasti menjadi pilihan.
KIA Macan.
xboleh tiru sebijik, kasi tukar nama:
Kia Rimau.
overall nmpk cm downscale Sorento.
rim bunga nmpk cantik sbb 5petals & 5lugnut (proton, pls take note)
Kenapa sampai sekarang naza tak nak masukkan pengganti Naza Citra II atau Kia Rondo yg baharu..
Nz mcm p2, hanya tukar nama, bin aksesori sikit, jd buatan malaysia…bukan semua model yg tokey asal bg tukar bin.
http://3.bp.blogspot.com/-a5nW9dzpAPA/T2IQ7NXVWGI/AAAAAAAABBE/JWioqgfMo-o/s1600/14032012925.JPG
the forgotten .
sprintex supercharger?
yes , the beautiful car and the sprintex
lama jugak dok piki ape maksud “aspirasi semulajadi’..hahaha..