ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto tular – JPJ Kelantan keluar notis temu siasat kepada pemilik motosikal

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengeluarkan notis kepada pemilik motosikal yang tular seorang pelajar membonceng motosikal, tanpa memakai topi keledar dan baju sekolah dengan tulisan menghina guru. Menurut Berita Harian, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata pihaknya mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan itu.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Katanya, menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973. Tambahnya, bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan mengikut kaedah 6 Kaedah- Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Hanif Yusabra berkata, pihaknya memandang serius isu keselamatan jalan raya dan menasihatkan supaya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak, supaya tidak terbabit dengan aktiviti tidak sihat.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga dalam masa yang sama ingin menasihatkan kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang lalu lintas, supaya tidak membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply