ARKIB

KATEGORI

Buletin

Denda dan penjara jika guna ‘hon tenonet’

Berita Tempatan

Views

Kenderaan yang menggunakan ‘hon tenonet‘ boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu di sekitar negeri ini hasil aduan awam.

Menurutnya, pihaknya mendapati ‘hon tenonet’ semakin popular di kalangan kenderaan berat terutama jenis lori dan bas ketika ini. Tambah beliau, hon merupakan salah satu instrumen penting pada sesebuah kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya lain melalui sistem bunyi.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan.

Nazli berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan. Selain itu beliau berkata, memasang ‘hon tenonet’ secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Jelasnya, pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula ‘hon tenonet’ yang dipasang. Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.

Tambahnya, kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut.Tegas beliau, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply