ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gagal dapatkan permit rentas daerah, lelaki nekad berenang rentas Selat Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di George Town menuju ke Seberang Perai, Isnin lalu.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah.

Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki berkenaan memberitahu dia nekad untuk berenang ke Seberang Perai kerana mahu berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah dari pihak polis.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja. Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Soffian berkata, pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia memberitahu anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, lelaki itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu mengalami patah tangan kanan. Soffian berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu akan dilakukan selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Pada Rabu, tular video dan beberapa keping gambar di media sosial seorang lelaki yang dikatakan telah terjun dari feri kerana tidak dibenarkan menaiki feri disebabkan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

Lelaki dipercayai dari George Town itu mahu menyeberang ke Seberang Perai. Namun dia yang terapung dalam keadaan lemah kemudian diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply