ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan minta JKJAV menilai semula kelonggaran pergerakan kepada penerima dua dos vaksin

Views

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19. Menurut Berita Harian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk menilai semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, ia sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pertimbangan kelonggaran pergerakan itu adalah satu inisiatif untuk terus bergerak ke hadapan sewaktu pandemik. Beliau turut meminta masyarakat bersabar kerana jangka masa Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya sehingga akhir tahun ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, antara fokus program vaksinasi yang kini sudah mencapai lebih 400,000 suntikan sehari ialah di kawasan Greater Klang Valley. Katanya, ia meliputi Selangor, Kuala Lumpur, sebahagian Pahang, selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang menunjukkan kes jangkitan masih tinggi.

Katanya, beliau percaya dengan langkah tumpuan khusus untuk kawasan ini, maka kes COVID-19 dapat diuruskan dengan baik. Program vaksinasi juga mengikut jadual dan pihaknya harap dalam tempoh bulan ini atau bulan depan, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah. Tambahnya lagi, sasaran imuniti kelompok yang diunjurkan dalam PPN adalah sebelum akhir tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply