ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gagal kemukakan kelulusan – Tiga lori bawa bantuan misi kemanusiaan Ebit Lew diarah berpatah balik

Berita Tempatan

Views

Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik semalam kerana gagal mengemukakan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga buah lori yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan itu diarah berpatah balik dan tidak dikenakan kompaun.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelas beliau, pemandu lori tersebut berkata mereka tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri semasa ditanya oleh pihak polis. Oleh itu pihaknya tidak membenarkan mereka masuk.

Tambah beliau, pihaknya mahu mengekang penularan COVID-19 daripada luar ke Pahang sepertimana pernah berlaku semasa bantuan banjir, dan itulah sebab kerajaan Pahang mengambil iktibar darpada apa yang berlaku.

Menurutnya, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di SJR Bentong.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau berkata, sekiranya perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Sementara itu Zaiham berkata, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang ini sebanyak 53 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana tujuan pergerakan tidak munasabah dengan menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply