ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gajah liar cedera dilanggar Porsche Cayenne

Berita Tempatan

Views

Seekor gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja di Setiu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam apabila SUV jenis Porsche Cayenne dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Menurutnya, kenderaan itu yang dipandu seorang pengurus syarikat, Sharul Azma Che Samaon, 42, dikatakan tidak sempat mengelak menyebabkan ia terlanggar haiwan terbabit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Akibat rempuhan itu, haiwan tersebut dipercayai cedera pada bahagian kaki dan jatuh di tempat kejadian. Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan dipandu remuk pada bahagian hadapan.

Afandi berkata, mamalia itu bagaimanpun telah bangun dan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan kira-kira 10 minit selepas kemalangan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Afandi berkata, gajah berkenaan telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan itu sekitar jam 6.30 petang sebelum berlaku kemalangan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, usaha mengesan gajah berkenaan kini sedang giat dilakukan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Kemalangan melibatkan seekor gajah itu mula tular di media sosial sejak malam Jumaat selepas beberapa pengguna memuat naik rakaman kejadian di laman sosial masing-masing.

Insiden itu mendapat perhatian kerana ia disifatkan pertama kali berlaku di laluan Kuala Terengganu – Besut yang biasanya hanya melibatkan kemalangan terlanggar haiwan seperti kuda, kambing dan lembu. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Setiu

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply