ARKIB

KATEGORI

Tular

Lewis Hamilton ‘buat kejutan’, lawat SMK Seri Keramat

Berita Tempatan

Views

Pengguna media sosial teruja selepas video tular menyaksikan juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Video singkat berdurasi tiga saat itu memaparkan Lewis berada dalam kawasan sekolah berkenaan dan sedang beramah mesra dengan seorang pelajar perempuan pada Jumaat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam video berasingan dilihat, kedatangan Lewis disambut oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang berada di tingkat 1 sambil mengibar Jalur Gemilang.

Difahamkan Lewis berada di sekolah itu bagi program Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton sempena ulang tahun ke-50 Petronas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menjengah di ruangan komen, terdapat ‘warganet yang berseloroh‘ memaklumkan Lewis ke sekolah berkenaan bagi menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tidak kurang juga yang berjenaka, bintang antarabangsa itu datang untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Malah, ada juga meluahkan rasa cemburu terhadap pelajar sekolah yang berkenaan dapat melihat secara berdepan dengan Lewis. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Petrosains – The Discovery Centre

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply