ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran kereta Formula 1 masa hadapan pasukan Ferrari

Views

ferrari-future-f1-car-1

Inilah gambaran kereta Formula 1 masa hadapan pasukan Ferrari yang sangat radikal, futuristik dan aerodinamik! Ilham ini dicetuskan Ferrari dengan kolaborasi bersama unit aerodinamik F1 mereka dan ia telah menghasilkan unsur rekaan yang begitu menyerlah hanya untuk satu matlamat, menjadikannya lebih pantas. Revolusi F1 pada masa hadapan mungkin bakal menjadikan kereta F1 lebih pantas, sukar untuk dipandu dengan rupa yang lebih menarik. Ketika ini kebanyakan kereta yang ada agak hodoh dan pelik, ada kalanya muncung hadapan seakan-akan diinspirasi daripada hidung monyet belanda.

ferrari-future-f1-car-2

Jika inilah rupa kereta F1 pada masa depan pastinya ia akan menjadikannya salah satu  jentera lumba tercantik yang pernah dihasilkan. Tapi kena ingat, mungkin beberapa perubahan perlu dibuat kerana agak sukar membuat penukaran tayar ketika di hentian pit. Mungkin juga pada masa depan tayar akan lebih tahan lama dan tak perlu digantikan lagi. Cuma ini bakal menghilangkan aksi krew di pit yang penuh dengan adegan dramatik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • kalau wing belakang x dibenarkan lebar dan rendah, kena ikut peraturan sekarang, mesti jadi x cantik mcm gambar F1 ni.. tayar lak dulu kan pernah ade semusim tu 1 set tayar utk hari perlumbaan je.. pemanduan konsisten penentu kemenangan.. memang menarik peraturan ms musim tu..

Leave a Reply