ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gangguan perkhidmatan MRT Laluan Kajang, Rapid Rail mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Rapid Rail Sdn Bhd selaku operator kepada perkhidmatan MRT Laluan Kajang ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanaN berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Hal ini berpunca daripada salah sebuah tren yang bernombor 22 telah mengalami masalah teknikal ketika menghampiri stesen berkenaan.

Pihak operasi telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa.

Sebaliknya pengguna dari arah Kajang perlu turun dan mendapatkan tren perantara di stesen Semantan ke stesen Phileo Damansara.

Situasi ini telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Kerja-kerja mengenal pasti masalah sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail. Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat.

Pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal.

Pengguna diminta untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply