ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggu lama sangat, ADUN Teruntum ambil keputusan baiki sendiri jalan rosak

Berita Tempatan

Views

Tindakan lambat daripada pihak berkaitan untuk membaiki jalan rosak menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang mengambil inisiatif sendiri menampal laluan berlubang di sepanjang Jalan Beserah di Kuantan.

Menurut Sinar Harian, beliau berkata langkah itu terpaksa diambil selepas mendapati tiada tindakan segera diambil agensi terlibat membaiki kerosakan berkenaan, sedangkan ia boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Katanya, beliau sudah membuat tinjauan di jalan itu sejak Ahad malam lalu dan melihat ada tiga anggota polis sedang cuba membaiki jalan berlubang dengan meletakkan batu kecil.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Beliau kemudian memaklumkan perkara ini kepada kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan saluran pembentungan sekitar bandar raya Kuantan untuk mereka ambil tindakan segera, namun apabila beliau datang meninjau pagi semalam (Selasa), lubang itu masih belum dibaiki.

Chon Siang menjelaskan, terdapat tiga kejadian membabitkan penunggang motosikal terlanggar lubang di jalan berkenaan dilaporkan berlaku.

Tambahnya, sekiranya tiada tindakan segera tidak dilakukan, lebih banyak kemalangan boleh berlaku di jalan terbabit.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Jadi, beliau ambil keputusan untuk membaikinya sendiri dengan menggunakan penyodok dan menampal jalan berlubang terbabit dengan batu kerikil dan pasir.

Selain itu, beliau turut membantu mengawal lalu lintas berhampiran laluan berkenaan bagi mengelak kenderaan melanggar jalan berlubang itu. Dalam pada itu, Chon Siang berkata, jalan terbabit rosak selepas hujan lebat baru-baru ini.

Dakwanya, projek loji rawatan pembetungan berpusat berada beberapa meter di jalan itu dipercayai menjadi punca wujudnya lubang di sepanjang laluan terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sim Chon Siang 沈春祥

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply