ARKIB

KATEGORI

Gaya Hidup

GAYA HIDUP : adidas taja Wan Kuzain selama setahun

Views

‘Wonderkid’ Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal yang kini beraksi bersama pasukan Swope Park Rangers di saingan United Soccer League Amerika Syarikat mendapat tajaan selama setahun dari adidas Malaysia. Remaja berusia 19-tahun yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu, kini menyertai beberapa lagi rakan senegara yang turut menerima tajaan adidas seperti Akhyar Rashid, Syamer Kutty, Adam Nor Azlin, Muhammad Jafri, Adib Zainudin dan Haziq Nadzli yang beraksi dengan skuad bawah 23 tahun negara dan skuad senior.

Perjanjian tersebut membolehkan adidas membekalkannya produk latihan dan permainan yang terkini untuk membantu perkembangan karier pemain tersebut dengan pengalaman bolasepak yang terbaik. Kuzain merupakan produk keluaran Akdemi Sporting Kansas City, memulakan kariernya dengan Southern Illinois Futbol Club (SIFC – Force) sebelum berpindah ke akademi Saint Louis FC. Beliau juga pernah menjalani latihan singkat bersama kelab terkemuka Belanda, Feyenoord FC.

Kemahiran dan peningkatan prestasi beliau berjaya dikesan oleh para pegawai Sporting Kansas City dan pada bulan Julai lalu, beliau telah menurunkan tandatangan untuk menjadi pemain profesional dengan pasukan feeder Swope Park Rangers. Setakat ini beliau telah membuat penampilan sebanyak 12 kali untuk kelab tersebut. Buat masa ini beliau masih lagi belum memilih untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan Malaysia atau Amerika Syarikat.

Beliau akan terus komited untuk mempertingkatkan permainan individu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyarung jersi pasukan pilihannya. Pengurus Komunikasi Jenama dan Pemasaran Sukan adidas Malaysia, Tan Zhi Vern berkata adidas sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk atlet (pemain bolasepak) dan ingin membantu pembangunan bakat baharu.

Ini dibuktikan menerusi penajaan adidas kepada pemain muda dalam Liga Super Malaysia dan menjadi rakan penaja pakaian sukan rasmi kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP). Kuzain yang masih lagi mempunyai kontrak bersama Swope Park Rangers pada musim 2018, telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membantu pasukannya muncul juara Conference Championship buat kali ketiga berturut-turut setelah mengguguli kejohanan Western Conference pada 2016 dan 2017 untuk layak ke Perlawanan Akhir USL Cup.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply