ARKIB

KATEGORI

Gaya Hidup

Honda Malaysia perkenal barangan rasmi siri ‘TEI’ – Empat koleksi ditawarkan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan barisan baharu Barangan Rasmi Honda menerusi siri ‘TEI’. Ia membawa maksud ‘Trust, Equality & Individuality’ yang diinspirasikan dari Falsafah Honda. Siri ‘TEI’ menampilkan 21 jenis barangan dalam empat koleksi berbeza iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear dan yang terbaharu Travel.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, barangan rasmi Honda Malaysia sentiasa diterima oleh peminat-peminat jenama Honda di negara ini kerana reka bentuknya yang bergaya dan menarik. Beliau turut yakin para pelanggan akan menghargai ketinggian kualiti dan keunikan koleksi baharu tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

‘TEI’ juga membawa maksud bentuk dalam bahasa Jepun. Rekaan siri ‘TEI’ telah disuntik dengan kombinasi elemen Jepun. Koleksi Corporate menampilkan pakaian kasual yang sesuai untuk orang dewasa manakala penetap trend boleh memilih barang-barang bergaya dan eksklusif dari koleksi Lifestyle seperti Jaket Reversible Bomber unik yang menawarkan dua rekaan yang boleh ditukar ganti dalam satu jaket.

Antara barangan lain dalam koleksi Lifestyle termasuklah payung bersaiz 30 inci yang unik, di mana cetakan halus ‘TEI’ akan timbul apabila ia terkena air. Di bawak koleksi Activewear, peminat kecergasan bakal terpesona dengan pengenalan Hijab Sukan dan baju Activewear dengan pemantul cahaya yang memberikan penglihatan dan keselamatan yang tinggi terutamanya pada waktu malam.

Akhir sekali, bagi pengembara koleksi Travel menampilkan Jaket Travel dengan pemantul cahaya dan beg bagasi boleh tanggal Travel rekaan khas, 2 dalam1  yang praktikal namun bergaya. Beg bagasi 2 dalam1 ini menampilkan beg sandang yang boleh disambung kepada bag bagasi saiz kabin atau ditanggalkan untuk digunakan sebagai beg sandang untuk lebih praktikaliti dan kemudahan.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Kesemua barangan rasmi siri ‘TEI’  dijual pada harga antara RM32 hingga RM320. Berikut adalah senarai jenis barangan dan koleksi siri ‘TEI’.

CorporateLifestyleActivewearTravel
· Unisex Racing Shirt

 

· Male Polo Shirt

· Female Polo Shirt

· Male Reversible Bomber Jacket

 

· Female Reversible Bomber Jacket

 

· Male TEI Graphic Tee

 

· Female TEI Graphic Tee

 

· Unisex Hoodie

· Key Ring and Key Pouch Set

 

· Crossbody Bag

· Cap

· 30” Umbrella

· Male Activewear Shirt

 

· Female Activewear Shirt

 

· Sports Hijab

· Unisex Travel Jacket

· 2-in-1 Detachable Travel Luggage Bag

 

· Collapsible Water Bottle

· Mini Travel Pouch

· Shoe Bag

· 2-in-1 Detachable Backpack

Anda boleh mendapatkan Barangan Rasmi Honda siri ‘TEI’ di mana-mana 92 pusat jualan bertualiah Honda seluruh negara atau di jerayawara Honda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply