ARKIB

KATEGORI

Gaya Hidup

BAIT dan G-SHOCK hasilkan koleksi jam tangan edisi khas Initial D!

Gaya Hidup

Views

Peminat jam tangan jenama G-SHOCK dan siri ‘anime’ yang diadaptasikan dari ‘manga’ (komik) berunsurkan sukan ‘drift‘, Initial D pastinya teruja mendengar berita ini! Menerusi saluran laman sosialnya, syarikat peruncit barangan koleksi premium, BAIT mengumumkan kerjasama mereka dengan dua jenama tersohor itu untuk mengeluarkan koleksi edisi jam tangan khas diinspirasikan dari siri Initial D.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Jam tersebut dihasilkan dari model G-SHOCK ‘muka petak’ klasik DW5600 yang menampilkan pelbagai ciri asas antaranya lampu latar (backlight) EL dengan afterglow, kalis gegaran serta kalis air dengan kedalaman 200 meter. Selain itu ia turut didatangkan dengan ciri jam randik, lampu latar dan ciri penggera.

Yang menjadikannya istimewa adalah ia menampilkan kemasan dengan kombinasi warna putih dan jejalur lumba berwarna hitam pada kereta ikonik Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 yang dipandu oleh watak utama, Takumi Fujiwara pada badan serta talinya.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Bukan itu sahaja, bahagian belakang jam ini ditempa dengan logo Initial D dan ia didatangkan dengan bekas tin khas bertemakan “perlumbaan” beserta kotak istimewa yang menampilkan karya illustrasi dari siri tersebut. Jam tangan eksklusif ini akan mula dijual di kedai BAIT di Amerika Syarikat mulai hari ini (26 Disember 2020) dan secara dalam talian menerusi pautan ini.

Selain itu, ia turut dijual dalam kuantiti yang terhad di butik BAIT di Jepun. G-SHOCK edisi khas Initial D ini dijual pada harga $ 200 (RM812). Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengikuti laman sosial BAIT Japan dan anda perlu berbuat segera sementara stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BAIT

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply