ARKIB

KATEGORI

Gaya Hidup

Volkswagen dan Tarik Jeans lancar koleksi ‘Modern Nostalgia’ dalam usaha selamatkan Malayan Tapir

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalin kerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif. Koleksi itu telah dilancarkan baru-baru ini dan sudah boleh dibeli.

Koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara dig

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter nyata teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini. Kata beliau, tunjang utama Volkswagen adalah kelestarian dan kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia. Pihaknya berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini.

Tambahnya, Malayan Tapir merupakan spesis terancam di sini, selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orang utan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar, Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik. Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) yang dicipta selari dengan falsafah jenama mereka. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, pihaknya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Malayan Tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal.

Koleksi ‘Modern Nostalgia’ boleh didapati menerusi:

Volkswagen: https://www.volkswagen.com.my/home/tarik
Tarik Jeans: https://tarik.my/modernnostalgia/
Shopee: https://shopee.com.my/tarikjeans
Zalora: https://www.zalora.com.my/tarik-jeans/
Semua pengedar Volkswagen seluruh Malaysia (barangan terpilih)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply