ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi kedua Proton Persona dilancarkan

Views
The All New Persona Experience The Evolution (Product Video)

Selepas bermain teka-teki dengan orang ramai melalui gambar-gambar yang hanya menunjukkan bahagian-bahagian tertentu Proton Persona serba baharu ini, PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) hari ini secara rasminya melancarkan model ini di Pusat Konvensyen Setia City. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah generasi ke-2 Persona. Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L / 100km.

Proton Persona baharu penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang garang dan menarik dengan lampu depan berpencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang yang didominasi lampu belakang yang anggun serta difuser bawah yang tampak agresif. Dengan tempat duduk dan susun atur konsol yang direka secara ergonomik, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Proton Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Tambahan pula, terdapat banyak ciri-ciri tambahan seperti 2 pengecas USB di belakang, upholsteri kulit, kompartmen, super-flex pengelap tanpa bingkai, 7 ruang letak cawan, lanjutan perlindungan cahaya, tempat duduk belakang boleh diturunkan dan pelaras ketinggian tempat duduk pemandu untuk keselesaan dan kemudahan tambahan

Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan keselamatan di samping ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON. Dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX dan top tether serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

“Kami berharap agar semua anda dapat Alami Evolusinya. Proton Persona baharu ini telah melalui evolusi penambahbaikan yang terperinci dari segi ciri-ciri, teknologi terkini, reka bentuk dan pembuatan kereta ini yang lebih diperbaiki dari segi ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON, serta pengurangan getaran bunyi dan kekasaran (noise vibration and harshness, NVH). Untuk sebuah kereta dalam kelasnya yang tersendiri, kemasan ini menyediakan ciri pemanduan yang menyeronokkan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Dato’ Fuaad menambah, “Kereta ini direka dengan mementingkan segmen muda dan pintar dan dibina bagi mereka yang menginginkan sebuah kereta bergaya yang datang dengan ciri-ciri menarik dan memberikan pemanduan yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dengan harga yang berpatutan serta mempunyai penarafan yang tinggi dari segi keselamatan. Apabila kita membuat pratonton media baharu-baharu ini, maklumbalas yang diberikan sangat positif. Tapi, jangan hanya percaya dengan kata-kata saya. Pandu ujilah Proton Persona baharu hari ini dan anda akan berasa kagum dengannya,”

Harga Proton Persona baharu :

  • 1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metalik)
  • 1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metalik)
  • 1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metalik)
  • 1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metalik), bodykit berharga RM1,000

KLIK UNTUK BESARKAN

homeBg 2 3 15  12 6 5 4 remote-key

Brosur Proton Persona

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments


  • Bila tgok secara dekat,bahagian depan nmpak pendek (jarak pillar A ke bumper),klu panjangkn ckit ok kut..
    Apa2 tahniah proton..
    semoga PERSONA Baru akan melonjakkan jualan Proton selepas ni…


  • Saya nampak jarak roda mcm pendek sikit je..kalo pjg sket cantek dah.. wheel arch pon nampak kecik.. rim 15 tp okla masuk 16 setel


  • Dah ok la produk ni. Iklan KRU ala2 police EVO pun cerita semua ciri2 Persona baru ni. Cuma reputasi lama Proton je la yang akan merencatkan penjualan. Tapi, harap2 PROTON boleh rise from ashes. Lagi satu plus point adalah harga RM47-RM61k tu la untuk model sedan, 1.6, dan 5 star ANCAP memang terbaik.


  • DNA design Proton amat jelas sekali. Ada iras-iras Gen.2, Satria Neo, Persona lama, Preve, Iriz dan Perdana. Ada juga design influence dari kereta kereta mewah Continental (Mercedes), Jepun (Honda, Mazda) dan Korea (Kia,Hyundai) ala ala ‘fluid design’. Mungkin ini lah kereta segmen B Proton yang akan mengembalikan kejayaan seperti 90an dimana Proton menguasai jumlah pasaran automotif di Malaysia. Management Proton tak boleh relax sekarang, model Persona ni amat berpotensi untuk di pasarkan ke peringkat global bermula dengan negara negara ASEAN, Asia, Asia Pasifik, Eropah, Amerka Selatan. Management Proton juga perlu mula fikir tentang facelift kereta ni dalam masa 2 tahun dari sekarang (Engine TGDI).


  • sedih mengenangkan nasib mereka yg akan beli kereta ni….spec sheet does look good…tapi end up akan byk reliability issues..masuk servis center…masuk servis center…mengamuk di servis center..end up jadi pembeli yg kecewa..dulu dijanjikan IRIZ akan jadi benchmark terbaru end up byk issue juga…nasihat kepada yg teruja nak beli, berhati hatilah…tanyalah mereka yg telah beli proton…analisislah…muhasabah diri pasal loan tu lama nak bayar, bukan setahun dua


    • Xtnya pengguna kereta brand lain ke semua pn ada mslh malah lg byk & teruk pn ada tp x diwar2kn sngt. Tuan pkai iriz ke? Atau dgr dari ckp2 org je?


    • Tuan, saya pakai iriz da setahun setengah. kuar masuk servis center ada la 6 bulan skali tukar minyak itam. tapi kalo tuan nye keter tak kuar masuk servis center ajaib gak. pakai minyak 100k km tahan.

      problem kat iriz hanya rattling issue . tapi sampai skang takda breakdown tepi jalan. and btw kawan aku pakai honda city 2013/2014, 2 orang bateri meletup. yang ni baru betul hairan. hahahaah


    • cerita dr kawan, ayah dia pakai toyota camry.. ada masalah kat disc brake.. nak dapatkan new part utk disc brake pun terpaksa ulang alik SC (pd masa yg sama, kereta tersadai kat SC).. sbb SC tak nak ganti baru.. ugut lapor dekat newspaper, baru mengelabah SC

      Sy tak kata SC Proton perfect, cuma setiap pembuat kereta ada masalah tersendiri.. termasuklah Honda (sampai meragut nyawa pemilik kereta sbb faulty air bag)


    • cuma mengingatkan…kereta lain mmg ada masalah tapi tidak sekerap P1 yg slalu sgt bermasalah….masalah biasa satu lg biasa selepas je warranty period habis – ABS system kong..NEO, EXORA, PERSONA Gen 1 biasa la nie…tu yg slalu byk kete P1 lepas warrantly ABS system x berfungsi..yg nie melibatkan keselamatan tapi biasala, pedulik apa P1 kan…hose CFE problem bertahun tahun pun dok berdolak dalik lg…sapa la yg buat sourcing tu..(hahaha)…sapa2 yg beli, belilah..tapi at your own risk…loan lama tau…haha


  • Good Job Proton.. interior sungguh mempersona.. dual tone yg soft.

    Next utk export kena masukkan AUTO CLIMATE Aircond system.. complete pack sebuah keda B-Segment sehebat world car maker lain!


    • Ni apa punya statement ni?

      Patutnya u minta semua tu untuk model local dulu, kemudian export.

      Tak sangka masih ada orang macam u yang rela di anak tirikan.


      • amboi2 apa masalh ko sbrnye marah sgt ni bro/ sis?
        aku cdg yg +ve.. sebut AUTO CLIMATE improvement pun nk ngamok pe hal?

        Maksud aku next lepas cover up cost skrg.. upla utk AUTO CLIMATE spy memenuhi ciri pasaran eksport. Of course la lepas local dpt version tu..

        ko dh makan ubat ke belom oii??


  • Proton kena kejar kualiti untuk model ni bukan kuantiti,biar customer lambat tunggu tapi kereta berkualiti,vendor pun kena jaga juga coz biasa kereta proton ni vendor part yg akan bermasalah..


  • Sy dah test drive..mmg terbaik persona nih..nvh ..pickup..responsive..jauh lebih baik dr iriz..
    Yang haters tu takpe..pergilah test dulu..free je pun.


  • Dah tengok n test drive siang td. Mula2 skeptical nampak dlm gambar wheel arc gap tu besar sangat. Nampak odd…tp dh tgk depan Mata…Sgt mempersonakan. Dah test drive…throttle Sgt responsive…overtake with ease…x rasa Sgt cvt rubber band effect dia…nvh terbaik… Detail sampai keyfob pon Sgt menarik… Key fob tu sdap dipegang… Cuma yg kurang ialah arm rest utk pemandu x de (dh terbiasa dgn persona sendiri…ada arm rest)… Good job proton


  • Kena bagi redit t Dato Syed Zainal.Bawah dialah Gen2 jadi Persona lepas dengar feedback pengguna 9 tahun lepas. Taknak buat interview dengan dia ke komen pasal Persona baru ni.Menarik ni.


  • 9 perkara yg aku suka dgn persona baru ni:
    1. Rekabentuk yg menawan.
    2. Enjin 1.6 shj. Tiada 1.3
    3. Saiz rim/ tayar standard. so tiada rim kecik!
    4. Ciri2 keselamatan yg lengkap.
    5. Pilihan warna yg lebih menarik drp warna model2 proton sblmnya
    6. Ciri eco-drive
    7. Penambah-baikan pada NVH
    8. “Nama” persona kat boot yg lebih bkualiti (yg nipis tu cepat tanggal cth: Saga SV)
    9. Harga yg sgt kompetitif


  • Saya sudah uji pandu Persona 2016. Keseluruhannya baik Dan memuaskan hati terutamanya kawalan yang mantap. Noise and vibration juga jauh lebih senyap, sangat mengagumkan.

    Kecuali satu, bodykit hanya ditawarkan kepada Varian premium sahaja. Kebanyakan mereka yang memilih Varian standard/executive sanggup membayar 1k untuk bodykit persona tersebut.

Leave a Reply