ARKIB

KATEGORI

Buletin

GiatMARA tawar servis motosikal, pendingin hawa kereta percuma di program Madani Rakyat

Berita Tempatan

Views

Tanpa membayar sebarang kos, pengunjung berpeluang mendapatkan perkhidmatan servis motosikal, pendingin hawa dan pengilat lampu kenderaan secara percuma sepanjang tiga hari program Madani Rakyat 2024 Zon Timur yang bermula hari ini.

Bertempat di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), bersebelahan Dataran Sayangi Kuantan yang menjadi tapak utama Program Madani Rakyat Zon Timur, perkhidmatan yang ditawarkan GiatMARA itu membolehkan pengunjung berjimat antara RM100 hingga RM200.

Tenaga pengajar Teknologi Automotif GiatMARA Paya Besar Pahang, Ahmad Nazren Mohd Fauzi berkata seramai 15 pelajar terbabit bagi menjalankan servis pendingin hawa selain perkhidmatan tambahan mengilat lampu hadapan kenderaan secara percuma.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Di sini kita buat servis asas seperti pemeriksaan penapis (filter) dan gas. Kalau melibatkan baik pulih kecil kita buat terus tetapi kalau baik pulih besar kita tak dapat buat di sini,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Nazren berkata perkhidmatan yang ditawarkan di Program MADANI Rakyat Zon Timur itu lazimnya boleh mencecah ratusan ringgit mengikut harga pasaran.

Sementara itu, perkhidmatan servis motosikal pula ditawarkan oleh GiatMARA Kuala Krau, Pahang membabitkan tujuh pelajar berusia 16 hingga 25 tahun.

“Di sini kita membuat servis penukaran minyak hitam motosikal secara percuma dan kita juga ada buat pemeriksaan am bagi memastikan motosikal itu berada dalam keadaan baik,” kata Pengurus GiatMARA itu Mohammad Zaid Othman.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata perkhidmatan percuma berkenaan terhad kepada 100 motosikal sehari selama tiga Program Madani Rakyat Zon Timur berlangsung.

Bagi pelajar GiatMARA Mohd Daniel Ahmad, 17, penyertaannya di program berkenaan sangat berguna bagi menimba pengalaman baharu selain dapat berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya harap orang ramai datang untuk mendapatkan perkhidmatan percuma di sini dan dalam masa yang sama dapat membantu kami (pelajar) menambah pengetahuan,” katanya.

Seorang pengunjung, Norhamiza Harun, 42, berkata beliau mendapat maklumat mengenai perkhidmatan berkenaan melalui media sosial dan tidak berlengah untuk hadir pada hari pertama program.

“Saya datang dari Balok, Kuantan. Servis ini percuma, jadi rugi kalau kita tidak ambil peluang ini,” katanya yang mendapatkan perkhidmatan servis pendingin hawa dan mengilat lampu hadapan kereta. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GIATMARA Negeri Pahang

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply