ARKIB

KATEGORI

Buletin

GoCar Garage dilancarkan – Penyelesaian servis kereta yang mudah dan telus

Views

GoCar, peneraju platform perkongsian kereta di Malaysia hari ini melancarkan GoCar Garage yang merupakan penyelesaian digital sehenti terbaharu bagi tujuan servis dan penyelenggaraan kenderaan yang boleh didapati pada aplikasi mudah alih tersebut.

GoCar Garage bermatlamat memenuhi keperluan pasaran yang mahukan penawaran selepas jualan yang mudah dan telus dengan persekitaran serta perkhidmatan terbaik seperti OEM. Menerusi platform ini, pelanggan boleh memilih servis yang dimahukan, mengesahkan dan membuat bayaran ke atas temu janji servis mereka.

Selain menguruskan aspek pengambilan dan pemulangan kenderaan pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja. Paling penting, ia menyediakan struktur harga yang telus dan boleh dinilai oleh pelanggan, membuat pra-persetujuan menerusi aplikasi GoCar sebelum sesuatu kerja pembaikan disahkan.

Ini bagi memastikan tiada kos tambahan mengejut yang biasanya berlaku di bengkel-bengkel pihak ketiga. Selain menawarkan kemudahan dan harga yang telus, pelanggan juga boleh menikmati banyak manfaat seperti:

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

  • Basuh dan sanitasi kereta secara percuma
  • Pemeriksaan 31 poin kenderaan secara percuma
  • Membuat tempahan dengan mudah (menggunakan aplikasi mudah alih GoCar)
  • Sempena pelancaran GoCar Garage, servis penghantaran dari pintu ke pintu menerusi GoValet (dalam jarak radius 50kmm dari GoCar Hub) yang ditawarkan pada bayaran minimum akan dipotong sepanjang Ogos
  • Jaminan penggantian alat ganti selama enam bulan
  • Penggunaan percuma GoCar selama dua jam pada hari kereta anda diservis

GoCar Garage boleh didapati sekarang di GoCar Hub yang terletak di kawasan strategik di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya. Ia dikendalikan oleh pasukan juruteknik berpengalaman yang mahir dalam melakukan servis ke atas semua jenama dan model kenderaan penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya yakin dapat memenuhi keperluan dalam pasaran yang mahukan satu pengalaman servis yang mudah dan telus. Terutama sekali bagi kereta yang sudah tamat tempoh jaminan.

Rangkaian perkhidmatan GoCar Garage adalah seperti berikut:

  • Servis pit stoppenukaran minyak selama 45 minit (tidak termasuk membasuh dan sanitasi kereta). Pelanggan boleh memilih daripada tiga jenis minyak enjin – sintetik penuh, semi sintetik dan mineral. Hanya minyak enjin premium jenama Elf digunakan. Servis ini termasuk penapis minyak dan drain washer. Harga bermula hanya RM98.
  • Pemeriksaan dan penggantian bateri.
  • Servis tayar termasuklah penjajaran dan imbangan secara percuma untuk pembelian dua unit tayar atau lebih.
  • Pembaikan dan penyelenggaraan pendingin hawa.
  • Pembaikan dan penyelenggaraan brek.
  • Sistem penyejukan enjin & penggantian.
  • Diagnostik elektrikal
  • Pembaikan badan & cat

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pelanggan yang ingin menggunakan perkhdimatan GoCar Garage hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih GoCar dan mengikuti tiga langkah mudah bagi menikmati pengalaman itu sepenuhnya. Pertama, tempah sesi temu janji dan pelanggan perlu menghantar beberapa maklumat identifikasi diri, kenderaan dan memilih servis yang diperlukan daripada menu penuh.

Kemudian mereka akan dimaklumkan mengenai kos servis yang dipilih secara terperinci dan cadangan jadual janji temu. Selepas pelanggan memberikan pengesahan dan kelulusan, barulah GoCar Garage akan meneruskan kerja pembaikan tersebut.

Setelah selesai, mereka akan menerima satu notifikasi yang mengesahkan bahawa kerja-kerja pembaikan sudah siap dan boleh membuat pembayaran menerusi aplikasi. Satu invois rasmi yang boleh dimuat turun juga disediakan.

Pilihan pembayaran termasuklah kad debit atau kad kredit, pembankan dalam talian atau poin GoPocket. Pelanggan kemudian boleh memilih untuk mengambil kereta mereka dari GoCar Hub atau menguruskan penghantaran di lokasi yang dimahukan menggunakan perkhidmatan GoValet.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian 1300-30-2633 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan jadual janji temu. Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar Garage, menjadual pemeriksaan kereta secara percuma atau membuat tempahan servis, muat turun aplikasi mudah alih GoCar atau layari https://www.gocar.my/garage.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply