Nampaknya belum lagi sempat Proton melancarkan model Persona MC2 dan Iriz ACTIVE hari Khamis ini, beberapa foto model tersebut sekali lagi bocor. Kali ini ia telah dikongsikan oleh rakan pembaca bernama Akira Vac dan dia tidak menyatakan dari mana foto-foto tersebut diperolehi.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Kali ini kita dapat melihat dengan jelas wajah baharu Persona MC2 dan Iriz ACTIVE yang lebih kemas dan moden. Jeriji baharu berunsurkan busur (Ethereal Bow) dengan kemasan corak Infinite Weave serta logo baharu Proton kini mengikut gaya rekaan pada model X50.
Pada kami, Iriz ACTIVE nampak lebih garang dan menonjol dengan kit badan gaya crossover. Rekaan rim 16-inci baharu dengan kemasan dwitona kelihatan agak unik dan mungkin dipengaruhi oleh unsur reka bentuk motif bunga pada tenunan songket.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Kemasan dwitona kombinasi hitam dan merah dalam ruang kabin Iriz ACTIVE jelas lebih menonjol serta ‘secocok’ dengan gaya rangginya, manakala kombinasi hitam dan coklat pula menjadikan ruang kabin Persona MC2 lebih elegan dan mewah.
Mungkin semakin ramai yang idak sabar untuk menantikan kehadiran kedua-dua model ini kan? Jangan lupa saksikan siaran langsung pelancarannya secara maya pada 5 Ogos, bermula jam 11.00 pagi menerusi laman Facebook rasmi Proton Cars.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Akira Vac
Foto kredit Amir Zaheen Minhaj
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI