ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Suzuki Jimny 2021 sudah ada di bilik pameran Naza, bakal dilancarkan dalam masa terdekat?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Suzuki Jimny 2021 berwarna Jungle Green kini telah berada di bilik pameran Naza dan foto-foto model tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Sharum NAZA AUTO. Adakah ini memberi petanda yang Naza Eastern Motor akan melancarkan model tersebut dalam masa terdekat?

Dalam artikel terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan, mengesahkan model Jimny yang akan dibawa masuk nanti ialah daripada varian paling premium dan ‘high end‘. Menurut beliau, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ujar beliau, Jimny ialah jenama ikonik dunia, malah pihaknya sudah menerima hampir 20 tempahan daripada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan model ini, biarpun belum mengumumkan apa-apa lagi berita mengenainya.

Jimny generasi keempat ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L aspirasi normal yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm daya kilas. Untuk pasaran Malaysia, ia dijangka akan ditawarkan dengan pilihan transmisi automatik 4-kelajuan sahaja.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

 

Sebenarnya, model ini telah dibawa masuk oleh pengedar kereta import terpakai Hamza Motors. Namun ia bukanlah model serba baharu dan merupakan unit terpakai dari Jepun keluaran tahun 2018. Dua versi ditawarkan, dengan setiap satu dijual pada harga RM168,000 dan RM198,000.

Setakat ini, kami masih belum menerima apa-apa lagi maklumat mengenai tarikh pelancaran mahupun tanda harga yang bakal diletakkan oleh Naza Eastern Motor untuk model Jimny ini nanti. Ikuti perkembangan seterusnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply