ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear kini di Lazada dan Shopee!

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia mula meneroka pasaran e-dagang dan baru-baru ini melancarkan kedai rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

Kedua-dua kedai rasmi ini menawarkan pelbagai corak tayar utama buat pelanggan dan saiz untuk dipilih, bermula dari Goodyear Assurance hingga ke Eagle.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, setiap pembelian tayar secara dalam talian turut layak menerima Waranti Terhad selama 5-Tahun manakala beberapa corak tayar terpilih didatangkan dengan liputan Worry Free Assurance (WFA).

Berikut adalah langkah-langkah pembelian tayar secara dalam talian:

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Untuk Goodyear Shopee Mall

  • Pilih jenis tayar dan daftar keluar.
  • Sahkan janji temu dengan Goodyear Autocare Centre (GYAC) terpilih.
  • Kemukakan butiran pesanan di Goodyear Autocare Center.
  • Pasang tayar di GYAC yang dipilih dan ketik butang pesanan diterima.

Untuk Goodyear Lazada Flagship Mall

  • Pilih jenis tayar dan daftar keluar.
  • Sahkan janji temu dengan Goodyear Autocare Centre (GYAC) terpilih.
  • Lihat kupon dalam Lazada Wallet.
  • Tebus kupon di GYAC terpilih.

Setiap pembelian dari Goodyear Lazada Flagship Store dan Shopee Mall boleh ditebus di Goodyear Auto Care Centre di Semenanjung Malaysia dan ia akan berkembang ke Malaysia Timur dalam masa terdekat.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Bermula dari 14 Februari hingga 15 Mac 2022, Goodyear Malaysia mengadakan promosi pelancaran kedainya di Goodyear Shopee Mall.

Pelanggan bakal menerima baucar RM8 apabila mereka mengikuti kedai dan hadiah eksklusif termasuk Kelalang Kekal Suhu bagi pembelian dua tayar dan satu set kotak toolkit untuk pembelian mana-mana empat unit tayar.

Bagi Goodyear Lazada Flagship Mall pula, pelanggan akan layak mendapat set Hadiah Goodyear eksklusif dalam talian bernilai RM150 untuk sebarang pembelian empat unit tayar.

Pelanggan juga akan menerima payung Goodyear untuk pembelian mana-mana dua unit tayar. Hadiah eksklusif dalam talian boleh didapati sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari Kedai E-Dagang Rasmi Goodyear di Lazada dan Shopee atau laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply