ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear lancar tayar baharu Assurance MaxGuard SUV

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia baru-baru ini melancarkan tayar Assurance MaxGuard SUV yang merupakan ahli keluarga terbaharu Goodyear Assurance.

Direka khusus untuk pasaran Asia Pasifik, tayar ini memberikan perlindungan 2-dalam-1 menerusi cengkaman dan ketahanan yang unggul, sekali gus menjadikannya teman terbaik buat pemandu dan ahli keluarga mereka di sepanjang perjalanan.

Menerusi Teknologi ActiveGrip Goodyear yang termaju, Assurance MaxGuard SUV memberikan cengkaman yang kukuh untuk pengendalian terbaik dan jarak membrek yang lebih pendek ketika memandu di jalan basah.

Ini kerana rekaan uniknya selain pertambahan bilangan bucu pelbagai-gigitan dan agihan yang dioptimakan, serta sebatian ActiveGrip dengan silika campuran.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Selain itu, Teknologi DuraGuard membina struktur tayar yang teguh untuk menahannya dari terbelah dan pancit, di samping meningkatkan ketahanan prestasi dengan binaan dwi lapisan dan pita keluli yang kukuh bagi memastikan binaan yang lasak untuk kegunaan SUV.

Assurance MaxGuard SUV turut memberikan pemanduan yang lebih senyap kerana reka corak bunga tayarnya yang telah dipertingkatkan dengan rekaan blok bersudut, tetulang pengurangan bunyi dan alur yang lebih sempit.

Ia turut memanjangkan hayat tayar, mengoptimakan pengedaran kedalaman bunga tayar dan bentuk rongga bagi memaksimakan prestasi perbatuan.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, pihaknya sentiasa mencari solusi untuk mempertingkatkan produknya. Tambah beliau, pihaknya amat gembira untuk memperkenalkan Assurance MaxGuard SUV ke pasaran Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Tayar Assurance MaxGuard SUV ditawarkan dalam diameter rim dari 16-inci ke 19-inci dengan 15 saiz di Malaysia. Ia sesuai untuk digunakan pada model seperti Honda CR-V dan HR-V, Mazda CX5, Nissan X-Trail, Proton X70, X50 dan beberapa lagi model SUV saiz sederhana di pasaran.

Berikut adalah saiz yang ditawarkan:

RimSaizHalajuBebanXL
16215/65R16H98
215/70R16H100
17225/60R17V99
225/65R17V102
265/65R17H112
18215/55R18V99XL
225/50R18W99XL
225/55R18V98
225/60R18V100
235/50R18W101XL
235/55R18V104XL
235/60R18W107XL
265/60R18V110
19225/55R19V99
235/55R19V105XL

Goodyear Assurance MaxGuard SUV kini boleh didapati di semua Pusat Goodyear Autocare seluruh negara dan juga di Goodyear Lazada Flagship Store secara dalam talian dengan harga yang sangat kompetitif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply