ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara Tesla Model S habis bateri, laluan ke parkir pusat beli-belah ‘terkandas’ selama 3 jam

Berita Global

Views

Para pelanggan sebuah pusat membeli-belah di Westfield berang gara-gara sebuah Tesla Model S kehabisan bateri semasa di tanjakan ke parkir, menyebabkan kenderaan mereka ‘terkandas’ selama tiga jam baru-baru ini.

Salah seorang pelanggan bernama Henry telah memuat naik beberapa foto kejadian tersebut di forum Reddit untuk meluahkan rasa kecewanya.

Ia terus mendapat perhatian warganet yang turut marah dengan kejadian tersebut dan ramai di antara mereka berkata, perkara seperti itu memang tidak sepatutnya berlaku.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Meskipun kereta itu ditolak ke tepi tanjakan, namun masih belum cukup ruang untuk kenderaan lain melepasinya.

Menurut Tesla, kereta itu mempunyai jarak perjalanan 360 batu selepas dicas penuh, jadi agak sukar untuknya kehabisan bateri sebelum tiba di tempat pengecasan.

Ini telah menimbulkan perdebatan di ruangan komen dan salah seorang dari warganet berkata, meskipun bateri telah menunjukkan 0 peratus, pemandu sudah semestinya telah diberi amaran berulang kali.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Sindir warganet lain, di Westfield pun ada stesen pengecasan yang berkapasiti besar untuk model Tesla. Tambah mereka, ia sama seperti kereta yang kehabisan petrol dan dalam masa yang sama menyelar sikap ‘tidak cakna’ pemandu tersebut.

Henry berkata, kereta itu langsung tidak bergerak dan berada dalam mod parkir. Tambahnya, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu turut ‘mati akal’ untuk menyelesaikan masalah tersebut dan kesudahannya, semua kereta terpaksa mengundur untuk keluar dari tanjakan parkir lima tingkat itu.

Henry menambah, cubaan untuk menunda kereta itu turut gagal. Jurucakap bagi pihak Westfield berkata, sebuah kenderaan Tesla milik pelanggan mengalami kerosakan di tanjakan masuk parkir kira-kira jam 6 petang berikutan kehabisan bateri.

Tambahnya, pasukan parkir Westfield London telah tampil untuk membantu, manakala pasukan bantuan parkir Tesla kemudiannya tiba di lokasi bagi memberi bantuan kepada kenderaan yang rosak itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reddit

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply