ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia mulakan penghantaran varian smart #1 Pro

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia hari ini memulakan penghantaran bagi varian smart #1 Pro. Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, smart #1 Pro merangkumi pilihan penduduk bandar yang peka terhadap alam sekitar, menawarkan kualiti premium dan reka bentuk kenderaan elektrik yang estetik.

Harga atas-jalan (tanpa insurans) bagi varian smart #1 Pro termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan ialah RM189,000. Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuklah Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, dan Laser Red.

Hanya satu warna kemasan dalaman khusus ditawarkan untuk varian ini, iaitu After Dark. smart #1 Pro menawarkan pengalaman memandu elektrik dengan kuasa maksima pada 200kW.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dikuasakan oleh Bateri LFP 49kWj, ia menjanjikan jarak WLTP sehingga 315km. Dengan kuasa pengecasan 130kW DC, ia boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang daripada 30 minit.

Keselesaan dipertingkatkan dengan kawalan pendingin hawa dwizon automatik dan kerusi elektrik dengan sistem pengudaraan untuk pemandu dan penumpang hadapan. Varian ini dilengkapi roda aloi bersaiz 19-inci dan bumbung ‘Halo Panorama’.

smart Malaysia telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk merintis peta pengecasan EV komprehensif yang disepadukan dalam aplikasi Hello smart. Ciri ini memberikan akses kepada lebih daripada 70 peratus stesen pengecasan di seluruh negara.

Fungsi inovatif ini membolehkan pengguna mencari, memulakan pengecasan, dan membuat pembayaran dengan lancar, semuanya dalam satu aplikasi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, smart Malaysia memperkenalkan Penyelesaian Pengecasan Rumah Perkhidmatan Sehenti, yang memudahkan pembelian, pemasangan, dan penjadualan Pengecas Rumah smartCharge melalui Aplikasi Hello Smart.

smart Malaysia turut memperkenalkan pakej Pemilikan Premium All-Inclusive yang merangkumi beberapa tawaran seperti berikut:

  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB
  • Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply