ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna kaedah yang betul untuk membuat bantu mula (jump start) – Proton

Views

Akibat penyebaran imej berkenaan larangan kepada pengguna Proton supaya tidak membuat bantu mula (jump start) sehingga menjadi viral di media sosial, Proton telah menyangkal dakwaan tersebut yang sememangnya tidak berasas. Proton menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula dan ia tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU) jika mengikut kaedah yang betul.

Kereta kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan kaedah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menggunakan kabel “jumper” yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain adalah seperti berikut :

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel “jumper” boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel “jumper” dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel “jumper” negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.

Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik. Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa apa bantu mula kecemasan kepada bateri. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Bagaimana untuk bantu mula kenderaan anda - BM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


    • Salam,

      Memang ade sabotaj/ fitnah pasal keta Proton xblh jump battery ke?
      Mmg dosa kering la org yg buat fitnah ni dan sebar2kan. Saya duk jump keta Proton berjenis2 takde plak masalah.

      Kereta apa pun kalau salah steps dan polarity battery atau ground negative tak betul memang akan rosak sistem elektrik dan ECU.. bukan Proton saja.

      Power Bank 12V yang tinggi Ah seperti brand Antigravity PPS Batteries (USA) boleh menghidupkan sebuah V8 4WD berkali2 tanpa dicas semula satu kelebihan berbanding jumper wire. Jumper wire dalam pasaran Malaysia banyak yang ‘kecoh/ tipu’ dr segi AWG size of copper core. Luar insulation nampak ‘tebal’… tp bila dipotong baru tahu rupanya tipu semata2.. internal copper core tu diameter/ AWG guage size yg kecil, atau copper tak tulen menyebabkan peak current semasa jump start tak boleh sampai max.

      Juga kualiti pengapit ‘buaya’ yang kurang baik (mudah kemek, tidak disadur baik dengan gold/ copper plating, crimping main cable yg lemah di hujung pengapit, tangkai pengapit tanpa rubber insulation etc.) serta cara mengapit supaya permukaan gigi pengapit lebih banyak bersentuhan dengan terminal battery dan negative ground body kereta juga memainkan peranan penting sama ada berjaya atau tidak menghantar cukup kuasa ke kereta yang bermasalah dan menghidupkannya.

      Juga masa bagi kereta yang dead battery langsung cas tak boleh masuk, lebih susah dihidupkan atau gagal dihidupkan jika tiada pengalaman dan asas di atas tidak difahami.

      So langkah terbaik, belilah 12V Power Bank Jump Starter tak rugi pun lebih mudah dan senang digunakan berbanding jumper cable.

      Wallahualam

Leave a Reply