ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga mesra, spesifikasi hebat Honda Civic Generasi ke 10 dijangka terus menguasai Segmen-C di Malaysia

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Ciri – ciri menarik termasuk;

• Harga dari RM110,426.51 lengkap tanpa insurans
• Enjin 1.5-liter turbo mewah kuasa tapi jimat bahanapi
• Spesifikasi keselamatan tinggi termasuk enam beg udara
• Rekabentuk terkini dengan meter LCD sepenuhnya
• Kabin lebih luas dengan penambahan lebar 45mm
• Sistem pemantauan enjin pintar maklumkan waktu penukaran minyak pelincir enjin

Setelah hampir setahun terliur melihat gambar model Honda Civic generasi ke 10 bermain di pasaran Amerika Utara dan kemudiannya di Thailand awal tahun ini, akhirnya model ini dilancarkan di Malaysia.
Model ini boleh dikatakan mendapat sentuhan amat berani dari Honda dengan rekabentuk yang ranggi dan dijangka mencabar persepsi pembeli tempatan tentang apa itu sebuah sedan keluarga.

Lakaran profil yang lebih hampir kepada sebuah coupe sudah tentu meluahkan pelbagai janji manis dari segi keseronokkan memandu dan ini disambut puitis oleh enjin 1.5-liter turbo yang menghasilkan kuasa dan tork selari dengan penjanakuasa 2.4-liter.

13405554_10153486284382105_749083402_o

Bayangkan sebuah Honda Civic dengan kuasa 2.4-liter, sudah tentu bayangan Type R mula berebut untuk memenuhi imaginasi kita. Yang pastinya model ini jauh lebih menonjol dari segi rekabentuk dan spesifikasi juka dibandingkan dengan pesaing Segmen-C Jepun yang lain, cukup jauh untuk menjadikannya sebuah sedan yang sebenarnya memburu pembeli tanpa disekat.

Honda Malaysia merancang jualan sebanyak 1,200 unit sebulan, satu sasaran yang mungkin dituduh sebagai terlajak berani namun ianya berpaksikan realiti jumlah jualan sebanyak 8,000 unit untuk tiga bulan pertama di Thailand. Untuk memastikan perangkaan jualan mereka melebihi, atau setidak tidaknya menepati sasaran, Honda telah melengkapkan Civic generasi terkini dengan spesifikasi yang paling menggerunkan semua pesaing. Harga yang menarik.

Varian asas 1.8-liter ditawarkan pada harga RM110,426.51, lengkap tanpa insurans manakala versi 1.5-liter turbo pula boleh menjadi milik anda pada harga RM124,000. Mereka yang mahukan kemewahan tambahan boleh memilih varian 1.5-liter turbo premium pada harga RM132,000. Bandingkan harga Honda dengan Toyota Corolla Altis yang bermula pada RM120,000 untuk varian 1.8-liter paling asas dan RM124,000 untuk versi 1.8-liter varian G. Varian Altis paling mewah berharga RM146,900.

Model asas Nissan Sylphy memang lebih murah pada harga RM112,000 tapi saya rasa imej Nissan lebih konservatif dari Toyota. Turbo dan harga yang killer, sudah cukup untuk memastikan Civic terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan kenderaan sedan Segmen-C tapi entah kenapa Honda Malaysia mula berfikiran seperti underdog dan menambah pelbagai ciri menarik kepada kereta ini.

13405073_10153486284692105_942756205_o

Senarai spesifikasi kereta ini cukup panjang dan ianya termasuklah sistem masuk tanpa kunci, remote starter (dari jarak sejauh10 meter), lampu kabus LED, lampu siang LED dan kamera undur pelbagai sudut. Civic terkini juga dilengkapi dengan brek parkir elektrik, meter LCD, kerusi kawalan elektrik untuk pemandu dan kawalan iklim dua zon dengan ventilasi belakang.

Ciri keselamatan termasuk enam beg udara, sistem kawalan stabiliti elektronik, lampu berhenti kecemasan automatik, Hill Start Assist dan sistem Walk and Lock yang memastikan kereta terkunci secara automatik bila kunci berada lebih dua meter dari kereta.

Kami agak teruja dengan kabin yang luas akibat penambahan lebar sebanyak 45mm. Memanglah kita suka dapat kabin yang lebih lapang, tetapi bayangkan apakah perubahan yang berlaku ke atas ciri pemanduan atau handling apabila kereta menjadi lebih lebar. Rasanya Civic sudah tentu lebih mantap ketika melakari selekoh kegemaran kita. Nantikan laporan pandu uji kami tak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

13410876_10153486284697105_1854710576_o 13383426_10153486284652105_1832481721_o 13383489_10153486284642105_610476568_o 13383522_10153486286172105_1852893042_o 13389028_10153486286277105_1864094253_o 13388915_10153486284147105_2032612555_o 13388809_10153486284562105_1855856591_o 13383610_10153486284612105_600856691_o 13383597_10153486286132105_1400078770_o 13389130_10153486284717105_1979254075_o 13389141_10153486284757105_1092876385_o 13396549_10153486286242105_1449411008_o 13396803_10153486286232105_1777036257_o 13405089_10153486284202105_2053790681_o 13405073_10153486284692105_942756205_o 13405076_10153486284517105_160131495_o 13396997_10153486286222105_539357239_o 13405096_10153486285887105_1794039129_o 13405113_10153486285717105_1933580995_o 13405115_10153486284687105_590490899_o 13405140_10153486286227105_1750157178_o 13405722_10153486286237105_799223643_o 13405648_10153486284377105_664312410_o 13405645_10153486286092105_282766539_o 13405554_10153486284382105_749083402_o 13405727_10153486284977105_1398641763_o 13410499_10153486284982105_843541022_o 13410757_10153486286127105_68668232_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • aku rasa susah perdana nk main harga..kalau letak rm100k keatas, sah org beli civic even basic..basic features pun lg hebatbdr perdana premium..


  • Strategi hebat dari Honda Malaysia dari segi spec. dan pricing (walaupun RM130k tu dah dikira mahal). Paling penting mentaliti ‘underdog’ tu yang tak memandang rendah market dan pembeli di Malaysia.

    Aku bukan peminat Honda tapi aku minat cara Honda Malaysia luaskan pasaran dalam market Malaysia. Menaikkan mutu brand dan dalam masa yang sama tawarkan produk yang berbaloi untuk wang.

    Semoga berjaya, Honda.

    Harap Proton dapat belajar sesuatu.


  • Mmm… sememangnya civic baru nie mendahului dlm segment C sedan. Satu2nya sedan turbo c segment kn? Bentuk fizikalnya lagak coupe. So, peminat coupe bleh beli model nie. Dan nilai tambah yg begitu strategik civic dlm pasaran C segment sedan nie adalah ciri-ciri mewah D segment pada harga C segment sedan civic. Depa pukul pasaran Coupe, sedan C segment n pasaran D segment sekali gus:) Sedikit sebanyak pasaran d segment akan agak terancam dengan kemunculan civic nie. So, Perdana, Slyphy, Camry, Sonata, K7, peg. 508 dll. kena ada planning lain utk mengekang kemaraan civic ini di hati pembeli:)

    Cheers!


    • Agaknya DRB nak jadikan Honda sebagai jenama nombor 2 paling laris di Malaysia selepas perodua. Sekarang ni pun jualan honda berada di tangga ke-2. Dengan pengenalan civic, semakin jauhlah proton ditinggalkan.

      Kalau DRB dah tak boleh bawak proton nanti, mungkin diserah semula kepada kerajaan.


    • Segment C proton adalah Preve. Jauh lebih murah. Untuk Preve generasi kedua nanti pastikan pemilihan design, enjin dan gearbox yang sesuai. Tak lupa juga kualiti kena jaga. Proton dah kena start membina jenama semula. Kalau tak, tak hairanlah jualan Civic lebih banyak dari Preve walaupun Preve jauh lebih murah.


  • Ciri-cirinya memang menarik, spesifikasinya juga sangat hebat dalam segmen-C.. Serta harganya berpatutan jika dibandingkan dengan kereta ‘import’ sekelas dengannya.. Sangat berminat dengan pakej varian tertinggi Civic ni..
    Mungkin aku akan trade in Preve premium 7 speed aku untuk dapatkan civic ni..
    Hehehe.. mungkin..!!


    • Huhu.. Beberapa hari lalu ada kekedai kereta terpakai bertanya harga sebuah merc c180 dan harga trade in preve.. Agak mengecewakan preve premium tahun 2012 dinilai myr43k sedangkan hutang bank masih berbaki myr40.1k lagi..

      APA pun masih ‘untung’ myr2.9k heheheh..

Leave a Reply