Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan kempen promosi terkini untuk pembeli baharu model GWM ORA GOOD CAT, dengan tawaran masa terhad sepanjang Oktober 2024.
Para pelanggan GWM ORA GOOD CAT sepanjang tempoh kempen ini bakal menikmati pakej promosi yang merangkumi:
- Pengecas lekap dinding percuma.
- Servis pemasangan pengecas dinding percuma.
- Servis percuma selama lima tahun, termasuk alat ganti dan kos buruh.
- Insurans kenderaan percuma untuk tahun pertama.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, kempen promosi ini diperkenalkan untuk menyuntik keterujaan kepada mereka yang sedang mempertimbangkan peralihan ke kenderaan elektrik.
Dengan tawaran hebat dan istimewa ini, pihaknya percaya ia dapat menjadikan peralihan ke EV bukan sahaja menarik malah juga lebih praktikal.
GWM ORA GOOD CAT hadir dalam dua varian di Malaysia, iaitu 400 Pro dengan harga RM 113,800 dan 500 Ultra dengan RM 143,800.
Dengan kapasiti bateri 47.788 kWj, varian 400 Pro berupaya mencapai jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut kitaran NEDC.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Varian 500 Ultra dilengkapi dengan kapasiti bateri 63.139 kWj yang lebih besar, membolehkannya mencapai jarak pemanduan sehingga 500 km dengan sekali cas penuh.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor segerak magnet kekal dan menghasilkan 143 kuasa kuda dan 210 Nm daya kilas.
Model hatchback elektrik ini menampilkan gaya reka bentuk ‘retro futurisme’ dan enam pilihan warna luaran yang elegan.
Pemandu boleh merehatkan diri dengan kerusi pemandu yang boleh dilaras bersama fungsi urutan. Selain itu, dengan struktur badan berangka keluli berkekuatan ultra tinggi dan sistem ADAS L2, ia sentiasa menjamin pengalaman pemanduan yang selesa dan lancar.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI