ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Proton e.MAS kagum dengan teknologi canggih dan inovasi terkini semasa lawatan ke R&D Geely di China

Berita Global

Views

PRO-NET baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan sebanyak 36 buah pengedar Proton e.MAS, melebihi dua kali ganda berbanding 17 pengedar yang telah diumumkan pada bulan Jun lalu.

Peningkatan jumlah pengedar Proton e.MAS ini disertai dengan lawatan ke Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou, China yang disertai lebih daripada 40 eksekutif dan pengurus pengedar dari Malaysia.

Lawatan selama tiga hari itu bertujuan untuk memberikan peluang untuk merasai teknologi canggih Geely dalam mendapatkan input mengenai cara pengendalian operasi jualan dan servis model EV premium dari rangkaian pengedar di bawah syarikat Geely.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, penambahan 19 buah pengedar baharu ke dalam ekosistem syarikat menunjukkan semangat juang yang tinggi terhadap ketibaan EV nasional pertama Proton.

Tambah beliau, respons bersemangat yang diterima daripada pengurus pengedar yang menyertai lawatan Geely amat memberangsangkan.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Para pengedar melawat ke pusat GRI di Teluk Hangzhou untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai teknologi canggih dan inovasi yang dibina di dalam sulung jenama ini, iaitu Proton e.MAS 7.

Selain daripada sesi perkongsian teknologi, para pengedar juga berpeluang untuk merasai sendiri teknologi tersebut dengan memandu uji Geely E5 di litar ujian yang telah disediakan.

Para pengedar turut singgah di Pusat Pengesahan Kenderaan Tenaga Baharu untuk melihat bagaimana Geely menjalankan ujian pra-pengeluaran, penilaian dan pengesahan bagi pembuatan dan teknologi kenderaan EV.

Lawatan ke pelbagai pengedar premium di bawah rangkaian luas Geely juga turut diatur. Hal ini kerana usaha dalam meningkatkan tanda aras piawaian yang telah ditetapkan kepada pengedar dan prosedur-prosedur mengenai perkhidmatan pelanggan, strategi jualan dan latihan kepada kakitangan.

Para pengedar kagum melihat bilik pameran yang premium, kualiti piawaian yang terbaik, prosedur moden yang ditunjukkan dan bersedia untuk mengintegrasikan elemen tersebut ke dalam pengedar Proton e.MAS pada masa hadapan.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Menurut Pengurus Pengedar Proton e.MAS Kota Bharu – JM Otomobil (EV), Abdul Hakim Bin Basri, merasai pengalaman teknologi canggih yang sedang dibina, diuji, dan disahkan mengukuhkan lagi keyakinan mereka terhadap teknologi dan inovasi global yang dibangunkan bersama Geely dan Proton.

Dengan pengalaman dan strategi yang baharu, para pengedar Proton e.MAS berhasrat untuk membina pusat pengedaran yang bukan hanya sekadar tempat jualan, malah juga sebagai hab inovasi dan komuniti untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mendalami teknologi EV masa hadapan.

Pengembangan sebanyak 36 buah pengedar Proton e.MAS menandakan langkah yang signifikan dalam mewujudkan rangkaian perkhidmatan pelanggan yang semakin meluas di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pengembangan strategik ini menekankan komitmen PRO-NET dalam menyediakan sokongan yang komprehensif kepada pelanggan sambil memajukan Malaysia ke arah masa depan mobiliti lestari.

Pemilik Pengedar, Proton e.MAS Shah Alam – SG Car, Datuk Andrew Quek Tze Kean berkata, beliau sangat kagum bukan hanya dengan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang dijalankan oleh Geely, tetapi juga pengalaman premium di pengedar yang dilawati.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply