ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had harga runcit RON95, diesel ditetapkan pada RM2.05 dan RM2.15 – Menteri Kewangan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan bersetuju untuk menetapkan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter. Bernama melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu dibuat bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Beliau berkata paras harga siling bagi kedua-dua produk itu lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Katanya, kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi. Keputusan ini diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat susulan peningkatan permintaan minyak mentah dunia yang turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Tengku Zafrul berkata trend harga minyak global itu turut dipengaruhi oleh pelan vaksinasi COVID-19 yang mula dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia di mana Malaysia juga akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannya bermula hujung bulan ini.

Katanya, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia. Tambahnya, langkah yang bersesuaian akan diambil bagi mengimbangi tanggungan subsidi kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply