ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hajat nak hadiah bapa kereta tak kesampaian – Dua beradik maut

Berita Tempatan

Views

Dua beradik tidak sempat menghadiahkan kereta baharu untuk ayah mereka apabila terbabit kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang,jam 4.15 petang semalam. Menurut Harian Metro, mangsa, Hafidzan Zainal, 44, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, pada 8.20 malam.

Adiknya, Mohd Fauzi Zainal, 39, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital susulan diserang sawan di lokasi kemalangan. Ahli keluarga mangsa, Shah Rizal Zainal, 41, berkata, ketika kejadian abang dan adiknya dalam perjalanan pulang membawa sebuah kereta terpakai untuk dihadiahkan kepada bapa mereka, Zainal Sulong, 63.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

Kata Shah Rizal, kedua-duanya ke Felda Pasoh, Jelebu untuk mengambil kereta yang dibeli untuk ayah mereka. Ketika pulang Hafidzan memandu kereta yang dibeli, manakala Mohd Fauzi mengekori di belakang. Dia dimaklumkan ketika kejadian, Mohd Fauzi agak jauh di belakang.

Tambahnya, dia turut terkilan kerana hasrat untuk berikan ayah kereta tidak tercapai dan kehilangan pula dua orang ahli keluarga serentak. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan siasatan awal, Mohd Fauzi melihat abangnya terbabit kemalangan, dan pada masa sama mangsa pengsan dan mulutnya berbuih dipercayai diserang sawan.

Susulan itu, Mohd Fauzi dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala abangnya meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital. Sementara itu, isteri Hafidzan Jamilah Bukhari, 44, berkata suaminya dalam perjalanan balik ke Seremban selepas membeli kereta yang dipandunya daripada kawan adiknya, di Felda Pasoh Jelebu.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Katanya, dia seperti tidak percaya apabila anak beritahu suami kemalangan, sebelum dia menunjukkan gambar keadaan kereta dinaiki suami remuk dan ada kecederaan di kepala suami. Sebelum (suami) pergi, dia tidak memberi apa-apa pesanan, malah, dia sendiri tidak tahu perancangan mereka ke Pasoh untuk membeli kereta berkenaan.

Tambahnya, secara tiba-tiba dia diberitahu suaminya kemalangan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Jamilah yang berkerusi roda kerana menghidap penyakit diabetes dan buah pinggang sejak lebih setahun lalu berkata, suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau kelakuan pelik.

Katanya, cuma kebelakangan ini dia hanya banyak ketawa ketika bersembang, namun dia merasa agak pelik tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Ujar guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan itu lagi, dia tidak menyangka itu adalah petanda bahawa suaminya akan meninggalkan mereka sekeluarga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply