ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas ekspres bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol – Enam penumpang cedera

Berita Tempatan

Views

Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, petang tadi. Menurut Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan. Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Difahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, berlepas jam 10 pagi tadi dan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari. Ketika ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply