ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang lalu lintas untuk iring van mayat, polis cari kumpulan bermotosikal

Tular

Views

Polis sedang mengesan sekumpulan remaja lelaki dipercayai mengiringi van mayat dan menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat pekan Meru, dekat Klang, seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 1 minit 05 saat itu kira-kira jam 10.43 pagi semalam.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Siasatan mendapati video yang dimuatnaik melalui laman sosial Facebook di bawah akaun ‘We Are Malaysian‘ itu memaparkan sekumpulan remaja tidak memakai topi keledar menaiki motosikal dan kereta mengiringi van mayat yang menghalang lalu lintas di lokasi itu.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Klang Utara membuat siasatan awal dengan mengesan dan akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan serta mengenal pasti suspek yang terbabit.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menafikan pembabitan kumpulan samseng dalam perarakan berkenaan seperti dakwaan di media sosial tertentu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply