ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hampir separuh kes kematian nahas jalan raya adalah golongan belia – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kebimbangan terhadap kes kematian golongan belia di jalan raya, yang mencatat hampir separuh daripada keseluruhan kes kematian akibat nahas jalan raya dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri berkata, nahas jalan raya adalah antara punca kematian utama di Malaysia ketika ini, dengan 14,308 kes kematian direkodkan antara 2019 hingga 2021.

Secara purata, katanya, sejumlah 4,769 nyawa dicatat terkorban di jalan raya setiap tahun dalam tempoh berkenaan.

Katanya, dalam tempoh sama, golongan belia mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu secara purata 7,077 kes, mencecah hampir 50 peratus daripada kadar jumlah kematian akibat nahas jalan raya.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Statistik ini menunjukkan golongan muda terdedah kepada risiko lebih tinggi ketika berada di jalan raya dan ini adalah cabaran utama pihak penguat kuasa untuk membendungnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Aspirasi Malaysia, menyasarkan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penerima BLKM untuk menjadi pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah, dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tegasnya, pematuhan peraturan dan undang-undang itu penting supaya tidak menjadi sebahagian daripada statistik kadar nahas jalan raya di negara ini.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Mengulas mengenai BLKM, Ismail Sabri memaklumkan program seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilancarkan di Bera itu bermatlamat meringankan beban Keluarga Malaysia, khususnya golongan B40 di kawasan Parlimen itu.

Beliau memaklumkan, seramai 404 penduduk Orang Asli di Bera bakal mendapat Bantuan Lesen Memandu Motosikal (Lesen B2) selepas berjaya memenuhi semua kriteria ditetapkan di bawah BLKM.

Jelas beliau, bantuan ini membolehkan masyarakat luar bandar khasnya penduduk Orang Asli di Bera, menarik nafas lega dalam mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar.

Dengan pemilikan lesen kelas B2 ini, golongan berkenaan dapat meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selain mengukuhkan pasaran tenaga kerja negara.

Beliau selaku Ahli Parlimen Bera yakin BLKM dapat memberi manfaat dari segi penciptaan pekerjaan dalam kalangan masyarakat B40, sekali gus memperkasa pendapatan isi rumah Keluarga Malaysia.

Tambanhya lagi, bagi Keluarga Malaysia yang masih menganggur dan mencari peluang pendapatan baharu, BLKM ini diharap memudahkan segala urusan harian, meningkatkan sosioekonomi dan mengatasi masalah ketiadaan lesen memandu dalam kalangan golongan B40.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Penerangan Pahang

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply