ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya atlet sahaja, isteri tak boleh keluar negara – Imigresen

Sukan Permotoran

Views

Hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

Begitu penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kekecewaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak berpuas hati jabatan itu tidak memberi pelepasan kepada isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk menemaninya beraksi di luar negara.

Menurut Harian Metro, imigresen menerusi menerusi satu kenyataan balas memaklumkan mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Tegas imigresen, menggunakan kelulusan itu untuk tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara tidak dibenarkan. Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak.

Tambah imigresen, bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan, sebagai contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional.

Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan. Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Imigresen menerusi kenyataan yang dikeluarkan memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor sekatan pergerakan penuh (SPP) dan situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Terdahulu Hafizh meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk menerbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada imigresen dan pihak berkaitan.

Situasi terbabit menyebabkan pelumba terbabit sekali lagi meletup menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan kerana tidak diberi kelonggaran walaupun mewakili negara. Minggu lalu Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao‘ cemerlang apabila menduduki tempat kesembilan Grand Prix Itali di Litar Mugello.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hafizh Syahrin

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply