Mungkin anda masih ingat lagi artikel kami pada 7 Februari lalu yang memaparkan kisah tular sebuah Proton S70 yang pertama terlibat dalam kemalangan kan?
S70 yang dimiliki oleh Muhammad Hafizul Hilmi telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Perodua Myvi dalam satu kejadian yang berlaku pada 7 Februari 2024 kira-kira jam 6.58 pagi.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menerusi satu hantaran terbaharu yang dikongsikannya di laman group Proton S70 Malaysian Community (MYS70COM) petang semalam, Muhammad Hafizul memaklumkan keretanya telah pun siap dibaiki kelmarin.
Menurutnya, S70 itu telah dibaiki di Proton LHM One Stop Car Service Centre 4S – Nilai. Muhammad Hafizul turut memberitahu, Proton telah pun menambah baik ketersediaan stok alat ganti.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Namun, dia faham kes S70 miliknya itu tidak banyak melibatkan alat ganti di bahagian dalam, serta tidak melibatkan bahagian enjin. Ini mungkin juga menjadi faktor yang mempercepatkan proses pembaikan.
Katanya lagi, keretanya telah siap dibaiki pada 21 Februari 2024 dan jika dihitung dari tarikh kejadian iaitu pada 7 Februari 2024, kira-kira 14 hari atau dua minggu sahaja diperlukan untuk membaiki S70 tersebut.
Dia turut mengucapkan terima kasih Adi Putera kerana telah mengesyorkan pusat 4S itu kepadanya dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Muhammad Hafizul Hilmi
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI