ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga alat ganti kenderaan bakal naik sehingga 60 peratus!

Berita Tempatan

Views

Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonomi dibuka dan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

Utusan Online melaporkan, peningkatan harga alat ganti termasuk alat ganti terpakai nyata menggusarkan pemilik bengkel kenderaan. Ini secara tidak langsung bakal menekan pemilik kenderaan yang sedang menanggung pelbagai kenaikan harga barang lain ketika ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pemilik dan Pengusaha Bengkel Automotif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin yang melihat situasi itu bakal menjejaskan ramai pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau memberitahu kenaikan tersebut bukan sahaja melibatkan alat ganti baharu, malah turut melibatkan alat ganti terpakai ekoran kenaikan mendadak cukai import dan caj penghantaran.

Masalah itu sekali gus bakal memberi kesan kepada pemilik kereta dan pengusaha bengkel, seterusnya berdepan risiko gulung tikar. Kata Hadiman, pihaknya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pelanggan terbeban.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Namun masalahnya kenaikan agak tinggi sehingga ada alat ganti yang naik lebih daripada 60 peratus. Sebagai pengusaha, mereka perlu mengikut harga semasa dan tidak mampu menyerap kenaikan kos.

Sebagai langkah yang lebih baik, mereka cuba sedaya upaya membantu pelanggan termasuk memaklumkan kepada mereka lebih awal harga baharu alat ganti dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum meneruskan kerja penyelenggaraan.

Hadiman memberitahu, peningkatan paling ketara melibatkan gas pendingin hawa yang sebelum ini berharga RM300 satu tong, dijangka meningkat kepada lebih RM400.

Menurutnya, harga tayar pula melibatkan kenaikan antara 35 sehingga 60 peratus selain kenaikan harga minyak enjin yang meningkat lebih 15 peratus. Walaupun berlaku kenaikan kos alat ganti, pengusaha masih memberi jaminan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan milik pelanggan.

Namun, jaminan dikurangkan kepada enam atau tiga bulan berbanding dahulu selama setahun. Ini kerana terdapat risiko kepada pengusaha bengkel kerana ada alat ganti seperti pemampat pendingin hawa tulen yang tidak diberikan jaminan oleh pengeluar.

Walau apa pun, mereka sebagai pengusaha tetap berikan jaminan kepada pelanggan atas dasar tanggungjawab. Sehubungan itu, Hadiman menggesa kerajaan melakukan pemantauan dalam kalangan pengedar, pembekal, pengeluar dan pengilang bagi mengawal kenaikan harga alat ganti sekali gus mengelakkan pengguna terbeban.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyatakan bahawa pihaknya turut menjangkakan kenaikan tersebut. Jelas beliau, peningkatan kos alat ganti akan memberi kesan kepada sektor automotif pada masa akan datang termasuk penurunan dari segi pembelian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa, kebanyakan pengilang alat ganti kini menyimpan semua stok sedia ada sebagai langkah untuk meningkatkan harga barangan tersebut.

Berdasarkan risikan, pihaknya telah mengenal pasti pengilang dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sedang menyimpan stok dan menimbulkan isu kononnya tiada bekalan alat ganti walhal hanya menunggu masa untuk mengenakan harga baharu kepada pengusaha bengkel kereta.

Perkara ini sudah dirancang sejak September lalu. Jadi dalam keadaan ini, ia adalah satu perkara yang amat mendukacitakan dan tidak boleh diterima.

Dalam perkembangan lain, seorang pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraf berkata, sekiranya berlaku peningkatan mendadak terhadap alat ganti, dibimbangi berlaku lambakan komponen tiruan.

Ini sekali gus memberi implikasi terhadap keselamatan pengguna yang tiada pilihan dan terpaksa mencari alternatif membeli alat ganti lebih murah untuk menyesuaikan dengan kemampuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit One BTR Spare Part

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply