ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat ‘helikopter terbang rendah’ semasa perarakan pengebumian

Tular

Views

Perarakan pengebumian yang menggunakan helikopter dalam keadaan berlegar (hover) rendah di Little India, di Ipoh, semalam, disahkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan dari pelbagai sudut rentetan laporan polis yang diterima mengenai insiden itu bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang kesalahan atau pelanggaran.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Katanya, selain pelanggaran SOP PPN, siasatan turut meliputi sama ada khidmat helikopter dalam keadaan legar beraltitud rendah yang dikatakan mengiringi perarakan jenazah itu, mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau sebaliknya.

Jelasnya, jika mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), memang perarakan tidak dibenarkan khasnya perarakan membabitkan kematian.

Tambah beliau, adakah mereka mendapat kebenaran dari CAAM untuk terbang rendah kerana ia dapat disaksikan daripada video tular itu. Pihaknya akan menyiasat dari pelbagai sudut untuk melihat ada atau tidak sebarang kesalahan yang wujud.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular di Facebook memaparkan upacara perarakan jenazah menaiki kereta dengan hiasan bunga yang turut diiringi beberapa individu yang menunggang kuda selain dengan kehadiran sebuah helikopter dalam keadaan terbang rendah di atas konvoi perarakan terbabit.

Menerusi keterangan bertulis pada video tular itu yang berbentuk hantaran di Facebook, dikhabarkan konvoi berkenaan mengiringi jenazah isteri kepada pengasas gedung tekstil di Little India Ipoh untuk dibawa ke tempat persemadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply