ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak mentah turun di bawah paras AS$100 setong

Berita Global

Views

Minyak mentah WTI merosot lebih lima peratus pada Selasa untuk susut semula di bawah AS$100 setong berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan kelembapan dalam ekonomi China yang mana mengakibatkan pelabur menilai semula unjuran permintaan komoditi itu.

Berita Harian melaporkan, kontrak komoditi itu susut 5.7 peratus kepada AS$97.13, manakala penanda aras Brent pula susut 6.0 peratus kepada AS$100.54.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Kejatuhan ketara itu berlaku lebih seminggu selepas kedua-duanya melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun apabila perang di Ukraine menimbulkan kebimbangan mengenai kekangan bekalan apabila Amerika Syarikat dan Britain menyekat import minyak mentah dari Russia, pengeluar komoditi ketiga terbesar di dunia.

China pada Ahad mengumumkan bahawa ia akan mengenakan sekatan perjalanan kepada hab teknologi Shenzhen, sebuah bandar berpenduduk 17 juta orang dan salah satu bandar terbesar di negara itu, berikutan penyebaran varian Omicron yang pantas, yang mana telah menyaksikan peningkatan jangkitan di seluruh negara itu.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Dengan China pengimport minyak mentah terbesar dunia, langkah itu telah melemahkan jangkaan permintaan, manakala kekurangan keyakinan terhadap rundingan damai Russia-Ukraine turut membebankan pasaran.

Daniel Hynes, dari Australia & New Zealand Banking Group berkata, sentimen dalam pasaran komoditi kekal didorong oleh tajuk utama, dengan perbincangan antara Russia dan Ukraine menimbulkan harapan bahawa gangguan bekalan akan menjadi minimum.

Ia sepatutnya menyaksikan harga minyak berada terus tertekan. Bagaimanapun, ia tidak mencerminkan gambaran asas, dengan minyak Russia semakin dipencilkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply