ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta hilang kawalan dan berpusing, jalan licin dituang minyak

Tular

Views

Beberapa kenderaan berpusing selepas melalui jalan yang dikatakan dituang minyak dalam kejadian pada waktu malam di sebuah laluan di Klang.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) salah seorang mangsa yang memperlihatkan detik cemas kenderaannya berpusing sewaktu melalui jalan tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam video itu, kedengaran suara dua individu dalam kenderaan tersebut dan seorang mangsa wanita menjerit apabila kereta yang mereka naiki berpusing sehingga melawan arus.

Bagaimanapun, ia berjaya dikawal serta tidak melanggar ke tembok pembahagi jalan dan mereka difahamkan dalam keadaan baik.

Selepas itu, kelihatan sebuah lagi kenderaan dilihat terhuyung-hayang sebaik melalui jalan tersebut dan ia berjaya dikawal, disusuli sebuah motosikal.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kemudian, datang satu lagi kenderaan menerima nasib sama seperti pemilik ‘dashcam’ itu yang mana ia berpusing hingga melawan arus.

Dalam pada itu, orang ramai melepaskan kemarahan dan berharap sekiranya minyak itu ditumpahkan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, pelaku akan mendapat hukuman setimpal.

“Sememangnya syaitan berhati busuk. Kalau mati mengejut, tanggunglah karma,” kata Yong Kam Hong.

“Semoga celaka kepada pelaku jika ini perbuatan khianat,” marah Riduan Mohd. Yunus. “Bahaya kalau sampai hilang nyawa,” kata Mazliza Zakaria. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply