ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga petrol RON97 naik 14 sen sepanjang bulan Oktober

Views

Berita Harian melaporkan harga runcit petrol RON97 naik 14 sen seliter daripada RM2.65 pada bulan September kepada RM2.79 mulai 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini. Walaubagaimanapun harga petrol RON95 dan diesel masih lagi kekal pada harga masing-masing RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter. Harga-harga ini adalah berdasarkan paparan rasmi yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun ini bagi menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Ia selaras dengan manifesto PRU-14 PH yang antara lain berjanji untuk menstabilkan harga bahan api di pasaran tempatan dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa. Oleh yang demikian, harga jualan runcit bagi petrol RON95 dan diesel telah dikekalkan manakala RON97 diapungkan menggunakan mekanisma apungan terurus seperti dilaksanakan pentadbiran terdahulu.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply