ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sahkan pelancaran X70 akan dibuat November ini

Views

Laman Facebook rasmi Proton Cars telah memuatnaik satu hantaran mengenai sesi kunjungan Yang Berhormat Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk sesi pratonton eksklusif Proton X70 di Litar Uji Proton Shah Alam, semalam. Beliau turut diberi taklimat mengenai SUV tersebut dan turut berpeluang untuk memandu uji.

Apa yang menarik perhatian kami adalah, hantaran tersebut juga mengesahkan pelancaran Proton X70 akan diadakan setelah selesai semua sesi pratonton yang berlangsung bermula dari 19 September hingga 4 November 2018 di tujuh bandar di Malaysia. Kami menjangkakan pelancaran rasmi akan dibuat sebelum Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Pameran permotoran terbesar di Malaysia itu bakal diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut besar kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan November dan kebiasaannya majlis pelancaran model baharu Proton akan dibuat secara berasingan.

Jadi kepada penempah Proton X70 tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum kereta idaman anda dilancarkan secara rasmi. Apa yang masih menjadi ‘tanda tanya’ hingga ke hari ini adalah berapa ‘tanda harga’ yang bakal diletakkan pada SUV pertama Proton ini. CIMB Bank telah pun mengeluarkan anggaran harganya untuk model tersebut dalam artikel kami sebelum ini.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply