ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga rasmi MG HS diumumkan – Dua pilihan varian, harga dari RM129,900

Berita Tempatan

Views

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi model terbaharunya MG HS yang ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu Standard dan Lux.

Berikut adalah harga rasmi MG HS mengikut varian (tidak termasuk pendaftaran dan insurans):

  • MG HS Standard – RM129,900
  • MG HS Lux – RM145,900

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Black Pearl, Arctic White, Camden Grey, dan Dynamic Red. Kesemuanya dipadankan dengan kemasan dalaman upholsteri kulit berwarna hitam.

Penggayaan luaran MG HS tampil dengan reka bentuk hadapan yang anggun serta agresif. Ia menampilkan lampu utama LED Bi-Fungsi dengan lampu siang (DRL), jeriji yang garang dan bampar belakang yang digayakan semula.

MG HS juga dilengkapi dengan dua corong ekzos, lampu LED, spoiler belakang, dan rim aloi potongan berlian (Diamond Cut) bersaiz 18 inci.

Bukan itu sahaja, MG HS turut menampilkan ciri eksklusif seperti angkup brek merah dan mod pemanduan “Super Sport” yang menambah sentuhan dinamik pada pengalaman pemanduan.

Bahagian dalaman kenderaan ini menawarkan 64 pilihan lampu suasana dan bumbung suria panoramik, serta tempat duduk sport.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Selain itu, ia dilengkapi dengan paparan instrumen digital 2.3 inci dengan empat tema, paparan inforia resolusi tinggi bersaiz 10.1 inci dengan kamera 360˚, Apple CarPlay, Android Auto, dan sambungan telefon pelbagai fungsi MG iSMART.

Untuk kemudahan tambahan, ia menyediakan ruang kargo sebanyak 463 liter yang boleh ditambahkan kapasitinya sehingga 1,287-liter dengan kerusi belakang dilipat dan pintu belakang kuasa.

Tempat duduk belakang juga boleh dilipat 60/40 dan boleh bersandar, serta rel para bumbung yang menampung beban sehingga 50 kg.

MG HS dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5L yang dipadankan dengan transmisi cekam berkembar automatik 7-kelajuan.

Rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan sehingga 162 PS dan daya kilas maksimum 250 Nm. Ia juga direka untuk jangka hayat sehingga 320,000 kilometer.

Bagi sistem keselamatan pula, MG HS dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) di bawah jenama MG Pilot yang merangkumi:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW),
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan motosikal
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Bantuan Pancaran Lampu Tinggi Pintar

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Untuk ketengangan fikiran, MG HS ditawarkan dengan Pakej Jaminan Komprehensif yang meliputi:

  • 5 tahun jaminan kenderaan tanpa had perbatuan
  • 7 tahun jaminan rangkaian kuasa tanpa had perbatuan

Bersempena ulang tahun MG yang ke-100, SAIC Motor Malaysia memperkenalkan tawaran pengenalan eksklusif sebanyak RM5,000 untuk MG HS, merangkumi varian Standard dan Lux.

Mereka yang berminat juga boleh menyertai sesi pandu uji MG HS di Pusat Pengedar Sah MG Motor berhampiran seluruh negara pada 23 hingga 24 November 2024.

Spesifikasi ringkas MG HS

Prestasi/ DimensiMG HS SUV
Anjakan (cc)1,490
Jenis EnjinDOHC 4 Cylinder 16 Valve TURBO TGI 
TransmisiTransmisi Cekam Berkembar 7-kelajuan
Kuasa Maksimum (PS)/ rpm162/ 5,600
Tork Maksimum (Nm)/ rpm250/ 1,700-4,400
Panjang (mm)4,574
Lebar (mm)1,876
Tinggi (mm)1,664
Jarak Roda (mm)2,720
Suspensi DepanMacPherson Strut dengan palang penstabil
Suspensi BelakangMulti-Link

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply