Akaun Facebook rasmi Honda Malaysia menerusi hantaran terbaharunya mengumumkan bahawa akan membawa model Honda Prelude Concept ke Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
Ini merupakan julung kalinya model konsep tersebut dipamerkan di rantau Asia selain di Jepun. Prelude Concept membuat debut pertamanya bersempena pameran Japan Mobility Show 2023.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ia kemudiannya telah membuat penampilannya di Eropah bersempena Goodwood Festival of Speed 2024 yang berlangsung pada Julai lalu.
Menurut CEO Honda, Toshihiro Mibe, model konsep ini akan menjadi ‘mukaddimah’ kepada model akan datang yang bakal mewarisi ‘keseronokan memandu’ ke arah masa depan elektrik sepenuhnya.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Model konsep ini bolehlah diibaratkan sebagai ‘penjelmaan semula’ nama Prelude yang mula diperkenalkan sejak 1978. Pada ketika itu, model generasi pertamanya menjadi model sulung Honda yang menampilkan bumbung purnama (moonroof).
Sekiranya anda ingin melihat legenda yang ‘dibangkitkan semula’ ini di depan mata, kunjungi reruai Honda bermula dari 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI