ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga semua kenderaan Perodua turun 5.6 peratus mulai hari ini

Views

Perodua telah mengeluarkan senarai harga baru bagi semua modelnya berikutan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun 2018. Bermula hari ini, semua kenderaan Perodua secara purata berharga 5.6 peratus lebih rendah berbanding sebelumnya. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Datuk Dr. Zahari Husin berkata, syarikat menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kesempatan yang terbaik dalam tempoh tiga bulan ini untuk membeli kenderaan Perodua sebelum kerajaan memperkenalkan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan September.

Oleh yang demikian, pembayaran balik GST untuk pembelian kenderaan, servis dan pembelian alat ganti dari 18 sehingga 31 Mei akan berakhir, kerana pelanggan akan membayar 0 peratus GST mulai 1 Jun. Perodua juga menawarkan rebat sehingga RM800 untuk model dan varian yang terpilih. Kunjungi mana-mana cawangan jualan dan servis yang sah di seluruh negara untuk maklumat lanjut. Perodua mengucapkan terima kasih atas sokongan semua rakyat Malaysia dan turut mengucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya kepada yang beragama Islam.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply