ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hilang RM5,000 sebulan kerana kontrak baharu, pekerja penghantaran lancar mogok

Berita Tempatan

Views

Tindakan mogok oleh pekerja perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular turut berlaku di Pulau Pinang, sekali gus dijangka menjejaskan perkhidmatan tersebut untuk tempoh beberapa hari.

Menurut Utusan Online, tindakan mogok itu diambil mereka kerana tidak berpuas hati dengan notis berhubung kontrak baharu berkaitan gaji yang didakwa merugikan pekerja dan diberikan dalam tempoh singkat oleh syarikat.

Seorang pekerja, Mohammad Aidil Hafizuddin Mohd. Fauzi, 24, berkata, kontrak baharu itu boleh menyebabkan mereka kehilangan pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan sekali gus disifatkan satu penindasan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Katanya, “Sudahlah notis untuk kontrak baharu sangat singkat iaitu diberikan pada 31 Disember lalu dan perlu ditandatangani hari ini (semalam) membuatkan kami tidak banyak masa untuk berfikir.

“Sebelum ini kami dibayar tetap RM180 sehari untuk 40 bungkusan pertama beserta komisen lain dengan parcel tambahan, namun mengikut kontrak baharu tiada lagi bayaran tetap dan kadar komisen yang lebih rendah”.

Difahamkan, mogok serupa turut diadakan serentak oleh pekerja perkhidmatan penghantaran itu di seluruh negara hari ini.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Menurutnya, kontrak baharu itu menjejaskan mereka yang menggunakan van untuk penghantaran barangan kerana terpaksa menanggung pelbagai kos penyelenggaraan.

Sementara itu, K. Ganeshwaran, 24, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian kerana baru sahaja membeli sebuah van baharu bernilai RM108,000 dengan bayaran ansuran bulanan kira-kira RM1,600.

Jelasnya, “Saya buntu kerana syarat baharu ini akan menyebabkan saya menanggung beban kerana kerana perlu membayar ansuran van yang tinggi.

“Buat masa ini saya tidak dapat menandatangani kontrak dan tidak dapat menghantar barang kepada pelanggan”. Setakat ini, pihak pengurusan syarikat berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply