ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu secara melulu, pemandu Myvi merah serah diri

Tular

Views

Pemandu kereta Perodua Myvi yang memandu secara melulu, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, di Port Dickson, hari ini.

Pemandu berusia 21 tahun yang juga seorang penuntut sebuah politeknik menyerah diri pada 1.50 petang.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap pemandu itu jika wujud kesalahan lain.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, orang ramai harus peka dengan peraturan lalu lintas kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Semalam tular satu video berdurasi 31 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook menunjukkan sebuah kereta yang dipandu secara melulu dan berbahaya di jalan awam berhampiran Balai Polis Port Dickson.

Beliau berkata, polis mengambil berat soal keselamatan terutama membabitkan pengguna jalan raya di lokasi awam dan akan segera bertindak mengikut lunas undang-undang.

Kata beliau lagi, pihaknya berharap pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply