Dua lelaki cedera selepas dirempuh dua kenderaan yang memandu secara melulu dalam kejadian berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki yang melihat kejadian berkenaan.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios melanggar sekumpulan lelaki mengakibatkan lebih kurang dua orang mengalami kecederaan dan salah seorang mangsa sudah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.
“Semua mangsa masih belum membuat laporan polis. Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan,” katanya.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 48 saat memaparkan dua kenderaan dilihat sengaja merempuh sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan.
Seorang lelaki dilihat tercampak selepas dirempuh Toyata Hilux, sementara itu sebuah lagi kenderaan turut merempuh lelaki yang berkumpul di kawasan berkenaan. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI